AntarabangsaIsu Semasa

50% Kes Pengedaran Dadah Dilakukan Dari Dalam Penjara

Pada hari Khamis, pihak polis Indonesia menyatakan bahawa seorang raja dadah warganegara itu yang kini sedang menanti hukuman mati di dalam penjara tidak merasa serik apabila dia masih mengendalikan ‘operasi’ dadahnya dengan aktif.

Polis juga telah menahan 12 individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat hampir 111 kilogram dan lebih daripada 18,000 pil ekstasi di wilayah Aceh dan Sumatera Utara.

Memetik laporan Reuters, raja dadah yang dikenali sebagai Togiman atau Toge, 60, mengendalikan kumpulannya dari dalam penjara, walaupun sudah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati sebanyak dua kali atas kesalahan mengedar dadah.

Dalam pada itu, kumpula Togiman juga dilaporkan mempunyai kaitan dengan jenayah terancang di Malaysia.

“Dalangnya adalah Togiman. Dia mesti mempunyai ramai rakan. (Suspek-suspek terbaru) mungkin hanya segelintir sahaja daripada ahli-ahli kumpulannya yang berjaya kami tangkap,” kata jurucakap agensi anti dadah Indonesia, Sulistiandriatmoko.

12 orang suspek yang telah ditangkap juga telah didakwa atas kesalahan mengedar dadah dan berhadapan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Ujar beliau, kes ini akan disiasat dengan lebih lanjut dan jika perlu, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi anti-dadah antarabangsa.

Namun, ia masih tidak jelas bagaimana Togiman mampu menjalankan kegiatan jenayahnya dari dalam penjara, dan terdapat kemungkinan ia berpunca daripada rasuah dalam kalangan kakitangan penjara.

“50% kes pengedaran dadah dilakukan dari dalam penjara,” kata Budi Waseso, ketua agensi anti-dadah.

Tahun lepas, kerajaan berikrar untuk mengenakan hukuman penjara terhadap pengawal yang mengambil rasuah daripada banduan dan memberi mereka ‘layanan yang eksklusif.’

Indonesia juga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai undang-undang anti-dadah yang paling ketat di dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa warga asing dan warga tempatan telah menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh skuad penembak.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.