Gaya HidupKesihatan

Sakit Jantung: Punca Utama Kematian Di Malaysia

Sakit jantung merupakan punca utama kematian pramatang (di awal usia) di Malaysia.

Ia adalah sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan pilihan gaya hidup.

Menurut sebuah laporan oleh Khazanah Research Institute penyakit gaya hidup adalah penyakit yang tidak disebarkan atau boleh dijangkiti daripada orang lain.

Penyakit disebabkan gaya hidup adalah seperti kanser dan diabetes. Contoh bagi penyakit berjangkit pula adalah seperti batuk kering dan cacar air.

Digelar sebagai NCD, non-communicable diseases, penyakit jantung adalah disebabkan pilihan gaya hidup yang tidak sihat oleh individu berkenaan.

PUNCA BERLAKUNYA SAKIT JANTUNG

Sakit jantung berlaku apabila saluran darah yang terdapat pada jantung menjadi sempit disebabkan terdapat  lemak yang menyeliputi dinding pada sebelah dalam saluran darah tersebut.

Saluran darah yang sempit akan menyekat aliran darah daripada sampai ke jantung, hal ini seterusnya menyebabkan terdapat bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.

Apabila perkara ini berlaku mangsa akan mengalami sakit dada.

Perbandingan saluran darah yang normal dan yang sempit

Jika saluran darah tertutup sepenuhnya pula,  ia akan menyebabkan sebahagian dari jantung rosak seterusnya mengakibatkan keadaan di mana mangsa akan mengalami sakit dada yang teramat sangat.

Sakit dada yang seperti ini dikenali sebagai sakit jantung.

PERIHAL JANTUNG

Menurut laman sesawang Info Sihat, jantung adalah sebuah organ yang terdapat di dalam badan kita.

Terdiri daripada otot yang kuat, ia mendapatkan bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya.

Fungsi jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membolehkan oksigen dan zat makanan yang terkandung dalam darah sampai ke seluruh badan.

Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

 KEMATIAN DI MALAYSIA AKIBAT PENYAKIT JANTUNG

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan,  penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak sepuluh tahun lepas (2005-2014), 13.5 peratus kematian pada tahun 2014 adalah disebabkan penyakit jantung.

Antara tanda-tanda mereka yang mengalami sakit jantung adalah mangsa akan berasa sesak nafas, berdebar, letih, lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU SAKIT JANTUNG

  • Merokok menambah kemungkinan seorang individu mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali ganda.

Kesan asap rokok pada tubuh yang pertama, adalah pembentukan darah beku, kedua, pemendapan lemak pada dinding saluran darah  hal ini seterusnya mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

  • Tekanan perasaan boleh mengakibatkan degupan jantung seseorang mengalami peningkatan lebih daripada biasa, ia seterusnya akan mengakibatkan terjadinya peningkatan dalam tekanan darah mangsa tersebut .

Hal  ini akhirnya boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami sakit jantung.

  • Kandungan lemak yang tinggi dalam tubuh juga boleh meningkatkan risiko berlakunya sakit jantung.

Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal (seperti senaman) berisiko tinggi menghidap sakit jantung.

  • Penyakit darah tinggi juga akan mengakibatkan sakit jantung.

Saluran darah yang sempit disebabkan pengumpulan selaput lemak akan menyebabkan saluran darah menjadi lebih tebal dan ini akan menyukarkan aliran darah ke seluruh tubuh badan.

Hal ini akan menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi.

Oleh itu, lebih tinggi tekanan darah maka akan lebih besarlah risiko serangan jantung.

Antara faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan penyakit jantung adalah, individu tersebut menghidap diabetes, mempunyai masalah berat badan serta mempunyai ahli keluarga yang juga menghidap sakit jantung.

LANGKAH-LANGKAH KAWALAN MENGELAKKAN SAKIT JANTUNG

Seperti penyakit gaya hidup lain, penyakit jantung boleh dilakukan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Antara amalan gaya hidup sihat adalah:

  • Kawal pemakanan

Kurangkan makanan yang mengandungi kolesterol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

Individu juga perlu tambah atau tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi kuantiti serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.

Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal.

  • Berhenti merokok
  • Bersenam dengan cukup

Individu perlu bersenam dengan secukupnya kerana senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah, senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri.

 Kadar yang terbaik untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 20 minit setiap kali.

  • Mengawal penyakit diabetes (kencing manis)

Sekiranya anda adalah seorang penghidap diabetes, anda mampu untuk mengawalnya.

Diabetes boleh dikawal dengan cara, pertama, mengawal pengambilan gula, lemak, kolesterol, dan karbohidrat dalam makanan.

Di samping itu, nasihat doktor berkenaan pengambilan ubat atau insulin juga perlu  diikuti dengan tepat.

Ketiga, lakukan senaman yang bersesuaian kerana ia dapat membaiki keberkesanan insulin.

  • Kawal tekanan perasaan

Tekanan perasaan atau emosi perlu dikawal agar individu  tidak menghidapi tekanan darah tinggi yang seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.

Oleh itu, amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam.

Sayangilah jantung anda, sebagai mana anda menyayangi diri anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.