Politik

Peranan Politik Sarawak Dalam Pilihan Raya Umum

Kegiatan politik semakin meningkat di Sarawak ketika negara semakin menghampiri tarikh akhir Jun untuk membubarkan Parlimen bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

Di Sarawak, hanya 31 kerusi Parlimen akan dipertandingkan kerana pilihan raya negeri diadakan secara berasingan. Bagaimanapun, politik Sarawak amat penting ketika PRU-14 kerana negeri ini mempunyai bilangan terbesar kerusi parlimen di negara ini.

Pilihan raya negeri Sarawak telah diadakan pada tahun 2016. Pilihanraya negeri diadakan untuk memilih ADUN, berbeza dengan PRU yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen.

Menurut The Borneo Post, selepas Sarawak membentuk menjadi Malaysia, negeri itu mengadakan dua pilihanraya awal (tahun 1969 dan 1974) yang dijalankan sekali dengan PRU.

Bagaimanapun, ketika PRU tahun 1978, Sarawak memilih untuk  tidak membuat pilihanraya negeri dan hanya menjalankan pilihanraya umum. Pada tahun itu, pilihanraya negeri dibuat tahun berikutnya iaitu pada tahun 1979. Sejak itulah Pilihanraya Negeri Sarawak mula dibuat pada tahun yang berasingan dengan pilihanraya umum.

Tidak seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Barisan Nasional, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang tidak ditadbir oleh UMNO. Sarawak adalah satu-satunya negeri yang memiliki autonomi sepenuhnya kerana Sarawak merupakan negeri di bawah BN di mana kesemua  ahlinya terdiri daripada parti tempatan.

Parti komponen BN di Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pakatan Harapan Sarawak dibentuk pada Mac 2017 terdiri daripada parti DAP negeri, PKR dan Amanah. Fokus gabungan ini ialah pembahagian kerusi Parlimen yang akan ditandingi.

Disebabkan PAS telah  keluar dari Pakatan Rakyat, Amanah akan mengambil alih  untuk bertanding di kawasan yang pernah ditandingi PAS. Namun, PAS tidak akan memberikan ruang kepada Amanah untuk bertanding di kawasan tradisi mereka. Justeru, pertandingan tiga penjuru akan berlaku, antara calon BN, PAS dan Amanah.

Walaupun ahli politik dari semenanjung mempunyai hak demokratik untuk datang ke Sarawak, mereka mesti memahami sentimen penduduk di Negeri Bumi Kenyalang itu.

Tidak seperti di Semenanjung, bangsa dan agama tidak pernah menjadi isu pilihan raya di Sarawak. Politik radikal dan ekstrim juga tidak mempunyai tempat di Sarawak.

Sarawak akan menjadi medan pertempuran yang amat penting dalam PRU-14 bagi menentukan kemenangan di peringkat parlimen dan skor semasa adalah Barisan 25: Pembangkang 6.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker