AntarabangsaIsu Semasa

Apa Itu Hari Hijab Sedunia?

Hari Hijab Sedunia adalah acara tahunan cetusan idea Nazma Khan pada tahun 2013. Acara ini disambut pada 1 Februari di 190 negara di seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.

Nazma Khan

Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas beliau dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.

Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan. Dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

“Membesar di Bronx, NYC, saya mengalami pelbagai jenis diskriminasi disebabkan hijab saya,”

“Di sekolah menengah, saya dipanggil ‘Batman’ atau ‘ninja’. Apabila saya belajar di universiti selepas 9/11, saya dipanggil Osama bin laden atau pengganas. Ia sangat teruk. Saya berpendapat satu-satunya cara untuk menghentikan diskriminasi ini adalah dengan meminta rakan saudara perempuan kita untuk mengalami sendiri kehidupan berhijab.”

Sambutan Hari Hijab Sedunia Di Malaysia

Sambutan kali kelima di Malaysia mengetengahkan penyelesaian jangka panjang sikap toleransi dan diskriminasi terhadap wanita berhijab.

Menurut Ketua Perkembangan Wanita Handshake People, Farhana Francis, perbincangan seperti ini mampu memperkasakan wanita dalam sektor kerja selain diharapkan mampu memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai konsep berhijab.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button