HiburanTeknologi

Donnie Yen Akan Membintangi Sleeping Dogs

Bintang aksi antarbangsa Hong Kong, Donnie Yen mengesahkan beliau akan membintangi filem dari adaptasi permainan popular, Sleeping Dogs.

Aktor tersebut mengesahkan di dalam laman Instagramnya di mana dia akan melakonkan watak utama filem ini, Wei Shen, seorang anggota polis yang menyamar sebagai ahli ‘triad’.

https://www.instagram.com/p/BewViyUn9Qb/?taken-by=donnieyenofficial

Sleeping Dogs mengisahkan seorang polis yang ditukarkan ke Hong Kong dari San Francisco untuk menyelusup dan menumpaskan Triad (gangster cina) yang dikenali sebagai  Sun Yee On.

Wei Shen harus membahagikan tugasannya sebagai seorang polis dan gangster tanpa merosakkan hubungannya dengan kedua-dua pihak.

Dikeluarkan oleh Square Enix pada 2012 untuk konsol Playstation 3, Xbox 360 dan PC; IGN memberikan rating 8.5 dan meletakkan permainan ini setaraf permainan ‘open-world’ seperti Gran Thef Auto.

Original Film Neal Mortiz, akan menjadi penerbit filem adaptasi ini bersama DJ2 Entertainment.

Dimitri Johnson dan Dan Jevons dilantik sebagai produser manakala Toby Ascher dan Stephan Bugaj sebagai produser eksekutif.

Sebelum ini, ramai peminat Sleeping Dogs berharap permainan ini akan diadaptasi sebagai filem aksi dengan memberikan nama-nama pelakon hebat seperti Chow Yun Fatt, Nicholas Tse malah Andy Lau untuk memegang watak Wei Shen.

Namun, apabila Donnie Yen telah dipilih, peminat-peminat Sleeping Dogs bertambah lebih teruja.

Show More

Related Articles

Back to top button