Teknologi

‘Kereta Terbang’ Berjaya Terbang Buat Kali Pertama

Airbus, syarikat aeroangkasa gergasi telah mengumumkan tentang kejayaan ‘kereta terbang’ pertamanya,  ujar CNBC.

KENDERAAN TERBANG BERGELAR VTOL

Dua tahun selepas pelancaran projek ‘Vahana’, sebuah kenderaan terbang yang dikenali sebagai ‘electric vertical take-off and landing’ (VTOL) telah berjaya dicipta.

Ia dilaporkan telah berjaya mencapai ketinggian 16 kaki sebelum mendarat dengan selamat di tapak pendaratan di Pendleton, Oregon.

Airbus menerangkan kenderaan itu telah berlepas pada hari Rabu, penerbangannya berlangsung selama 53 saat. Penerbangan kedua adalah pada keesokan harinya.

“Dalam masa kurang dua tahun, projek Vahana yang pada mulanya hanya sebuah lakaran konsep di atas kertas tisu telah berjaya dibina menjadi sebuah pesawat berskala penuh.

“Malah telah berjaya menyelesaikan penerbangan pertamanya,” terang Zach Lovering, eksekutif projek Vahana, dalam sebuah sidang media.

VTOL tersebut sedang dibangunkan di ‘A³’, di Silicon Valley.

MATLAMAT CIPTAAN: MENGGANTIKAN PENGGUNAAN KENDERAAN BIASA

Matlamatnya adalah untuk menyediakan penumpang dengan pesawat yang boleh diterbangkan dengan sendiri,  yang mana kosnya adalah setara seperti menggunakan kereta atau kereta api.

Pasukan Vahana sebelum ini mengatakan ia menyasarkan untuk membolehkan pesawat  ini mencapai kelajuan sebanyak empat kali lebih pantas daripada kenderaan di jalan raya, dengan anggaran jarak penerbangan sejauh 50 batu.

Pada masa hadapan,  VTOL juga boleh berfungsi sebagai platform untuk penghantaran kargo, ambulans, sebuah alat untuk mencari dan menyelamat atau teksi, jelas Airbus menjelaskan potensi teknologi ini.

Pasukan Vahana yang membangunkan pesawat yang seakan-akan drone ini menerangkan, kunci kepada tahap keselamatan maksimum VTOL ini adalah perkembangan teknologi ‘rasa dan elak’.

Airbus berkata VTOL kini sedang beralih daripada peringkat hanya berlegar-legar di udara ke menukar arah dalam penerbangan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker