Isu SemasaTempatan

Hubungan Media Sosial Dan Kesihatan Mental

Seorang remaja perempuan telah digelar ‘Si Gemuk’ di Facebook.

Berkenaan  bagaimana remaja berumur 14 tahun itu mengalami gangguan pemakanan selepas terdapat individu yang membuat ulasan tentang berat badannya di laman sosial popular itu, Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkongsi bagaimana media sosial boleh menyebabkan individu mencederakan dirinya sendiri.

“Dia pernah cuba menyakiti dirinya sendiri. Nampaknya, remaja kini menyakiti diri bukan sahaja kerana dibuli di alam siber tetapi boleh juga kerana mereka tidak mendapat  ‘like’ yang mencukupi di Facebook,” terangya pada akhbar The Star.

Semakin masyarakat bertambah maju, jelas kelihatan sistem kekeluargaan mula berpecah, terdapat pertambahan dalam beban pekerjaan, peningkatan persaingan dalam kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan, serta ibu bapa yang sering menanam harapan tinggi untuk melihat anak mereka berjaya.

Jadi pada beliau teknologi dan media sosial merupakan satu bentuk pengalih perhatian yang menarik bagi golongan remaja.

PERTAMBAHAN BILANGAN KES BUNUH DIRI

Beliau menegaskan kebimbangannya tentang peningkatan kes bunuh diri dalam masyarakat Malaysia dan hubungannya dengan media sosial.

“Bagi golongan belia, masalah kewangan dan cinta segitiga adalah antara sebab utama kes bunuh diri dalam negara ini,” terangnya.

Menurutnya lagi, bilangan kes bunuh diri yang telah dilaporkan jauh dari memuaskan, hal ini memberikan imej yang salah bahawa kadar bunuh diri negara ini adalah antara yang terendah di dunia.

Hal ini kerana, Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan mencatat nisbah 1.3 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 orang.

Namun begitu, pada hakikatnya, bilangannya boleh mencecah antara 10 hingga 13 orang bagi setiap 100,000 individu.

Tegasnya “memandangkan terdapat semakin ramai anak muda memilih untuk membunuh diri, kita perlu memikirkan semula strategi pencegahan bunuh diri.”

 CADANGAN PENYELESAIAN BAGI SEKTOR SWASTA

Beliau berasa sektor swasta harus digalakkan dan diberi insentif untuk menubuhkan pusat kemudahan dan pemulihan kesihatan mental kerana perkara ini tidak seharusnya lagi menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja.

CADANGAN PENYELESAIAN BAGI PIHAK KERAJAAN

“Masyarakat yang sihat mestilah sihat dari segi fizikal dan mental kerana kedua-dua perkara ini adalah  adalah penting dalam memastikan kesihatan yang seimbang.”

Lebih banyak inovasi dan peningkatan dalam mempromosi kesihatan mental yang baik dan pencegahan penyakit mental adalah satu kemestian, katanya.

Ujarnya lagi, pembangunan kapasiti adalah penting untuk memastikan terdapat lebih ramai individu terlatih untuk menjadi ahli psikologi klinikal, ahli terapi pekerjaan dan pekerja sosial.

Jadi penting untuk memastikan jawatan itu diwujudkan dalam sektor awam.

KERJASAMA ANTARA SEKTOR KERAJAAN DAN SWASTA

Kerajaan juga harus menggalakkan pertambahan kemudahan psikiatri swasta termasuk pusat penjagaan harian swasta dan pusat pemulihan.

“Kini sektor swasta tidak berminat untuk menyediakan kemudahan kerana peraturan dalam Akta Kesihatan Mental yang tegas.

Tambahan lagi, sektor swasta juga pastinya tidak mahu melibatkan diri dalam sektor psikatri kerana ia tidak menguntungkan.

Baginya, malang sungguh keadaan ini, kerana dengan adanya penglibatan pihak swasta beban sektor kesihatan awam yang memang sudah berat boleh dikurangkan dengan penyertaan mereka.

Beliau mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan menggalakkan semua hospital swasta baru yang mempunyai pelbagai kepakaran untuk memiliki unit psikiatri kerana langkah itu akan mengurangkan stigma berkaitan dengan penjagaan pesakit psikatri.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mencipta garis panduan kaedah campur tangan untuk memperkecil jurang rawatan penyakit mental dan neurologi di peringkat penjagaan asas.”

Mereka yang menghadapi masalah boleh menghubungi Befrienders di talian 04-2815161 / 2811108 di Pulau Pinang, 05-5477933 / 5477955 di Ipoh atau 03-79568145 di Lembah Klang.

Mereka juga boleh menghantar email ke alamat ini, sam@befrienders.org.my.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker