Sukan

Trivia Piala Dunia Rusia Tahun Ini

  • Rusia mendapat hak untuk mejadi tuan rumah kepada temasya Piala Dunia kali ini buat pertama kali dalam sejarah.
  • Perlawanan ini akan berlangsung daripada 14 Jun sehingga 15 Julai
  • Maskot Piala Dunia kali ini adalah seekor serigala yang diberi nama Zabivaka, ia direka oleh seorang pelajar Rusia bernama Ekaterina Bocharova.

  • Temasya kali ini bertemakan segalanya yang memahsyurkan Rusia, seperti pengembaraan angkasa, kisah dongeng Burung Api, dan patung ikonik matryoshka.
  • Buat pertama kali di dalam sejarah temasya Piala Dunia, perlawanan pembukaan akan dimainkan oleh pasukan yang menduduki tangga terendah di dalam senarai FIFA: Rusia (tempat ke-65) menentang Arab Saudi (tempat ke-63) di Moscow pada 14 Jun.

  • Peru muncul buat pertama kali di temasya ini pada tahun 1930, dan pada tahun ini mereka kembali buat pertama kali sejak 1982 – tempoh terpanjang satu-satu pasukan itu tidak layak di dalam sejarah untuk menyertai Piala Dunia.
  • Lebih daripada 176,000 orang dari 190 buah negara telah memohon untuk menjadi sukarelawan, satu rekod baru untuk temasya ini.

  • Rafael Marquez yang bermain untuk Mexico akan mencatat sejarah apabila menjadi salah seorang daripada tiga orang yang telah bermain sebanyak lima kali di dalam pertandingan ini. Beliau telah menyertai pertandingan ini pada 2002, 2006, 2010, dan 2014. Hanya rakan sepasukannya Antonio Carbajal dan lagenda Jerman, Lothar Matthaus pernah memegang rekod ini sebelum ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker