AntarabangsaIsu Semasa

Bekas Guru Lancar Perpustakaan Bergerak Pertama Di Nigeria

Dahulu Funmi Ilori pernah bercita-cita untuk menubuhkan sebuah perpustakaan terbesar di Afrika.

Kini beliau memandu sebuah van yang dilengkapi dengan buku-buku cerita ke beberapa kawasan miskin di Lagos bagi memupuk minat membaca dalam kanak-kanak.

“Buku sangat mahal,” kata Ilori.

Bisnes “buku dalam bakul”

Gambar oleh AFP

Menurut AFP, bekas guru sekolah rendah ini memulakan bisnes meminjam buku pada tahun 2003.

Pada waktu itu beliau meletakkan buku di dalam bakul dan akan pergi rumah ke rumah.

Walaupun buku yang ditawarkan boleh dipinjam dengan hanya beberapa dollar, beliau menyedari bahawa kebanyakan orang dewasa di kawasan itu terlalu sibuk untuk membaca.

Sepuluh tahun selepas memulakan bisnes “buku dalam bakul”, beliau mendapat ilham untuk melancarkan sebuah perpustakaan bergerak.

Dengan itu, beliau memohon untuk mendapatkan sokongan pembiayaan daripada kerajaan Nigeria dibawah inisiatif pembangunan.

Permohonan itu telah berjaya mendapatkannya 10 juta naira (RM 108,111). Dengan modal itu, beliau membeli sebuah lorry dan bas mini.

Kejayaan perniagaan iRead telah menarik perhatian beberapa penaja lalu membolehkannya untuk mengambil 13 perkerja, membeli 1,900 buku dan empat buah van.

Memupuk minat membaca

Gambar oleh AFP

Baru baru ini iRead melawat sekolah rendah Bethel di bandar besar Lagos.

iRead pertama kali melawat sekolah tersebut dua tahun lalu dan pada waktu itu menawarkan pelbagai pilihan buku termasuk buku mewarna serta novel kanak-kanak.

“Kanak-kanak yang terlibat dalam program ini kini boleh bercakap dan mengeja dengan lebih baik dalam bahasa Inggeris,” ujar Ilori.

“Kita perlu memupuk minat membaca dari usia muda lagi. Dalam kawasan pedalaman, terdapat kanak-kanak yang tidak pernah sentuh buku.

“Saya sokong untuk wujudkan banyak perpustakaan komuniti. Sama seperti bagaimana gereja semakin bertambah, perpustakaan juga perlu bertambah.”

Setiap hari beliau akan melawat empat hingga enam buah sekolah. Di samping itu, beliau akan menganjurkan bengkel membaca pada waktu petang dan hujung minggu untuk kanak-kanak di kawasan miskin dengan bantuan sukarelawan.

Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker