Teknologi

Pelajar Universiti Dedah Pergerakan Tentera AS di Syria Guna App

Strava ialah aplikasi kesihatan yang menggunakan GPS telefon bimbit untuk mengesan bila dan di mana pengguna berada apabila bersenam.

Pada November lepas, aplikasi ini telah mengeluarkan peta haba (heat map) yang menunjukkan aktiviti penggunanya di seluruh dunia.

Gambar oleh Nathan Ruser

Nathan Ruser, 20 tahun, telah mengenal pasti pergerakan anggota tentera Amerika Syarikat di Syria melalui aplikasi tersebut.

Penuntut Australian National University dalam aliran keselamatan antarabangsa (international security) kerap mengikuti perkembangan konflik di Syria dan sering menggunakan peta untuk membuat kajian.

Apabila Ruser menggunakan peta Strava, beliau memerhati beberapa kawasan yang menyala di sekitar pangkalan tentera.

Peta Strava tidak mendedahkan kedudukan tentera tetapi menyediakan maklumat tambahan. Ia mendedahkan bagaimana pengguna aplikasi bergerak di sepanjang kawasan tersebut, dan berapa kerap.

Tweet yang ditulis tentang kecacatan keselamatan ini telah tular di media sosial. Informasi sensitif seperti ini boleh disalahgunakan dengan mengenal pasti kedudukan anggota tentera.

“Ia sedikit mengejutkan yang ia (infomasi ini) terdedah,” kata Ruser. “Peta ini mengandungi banyak informasi yang agak sensitif.”

Kolonel Tentera Udara, John Thomas, jurucakap Komando Pusat AS, menjelaskan kepada The Washington Post bahawa tentera sedang mengenalpasti “implikasi peta ini.”

Seorang jurucakap Strava memberitahu The Verge bahawa syarikat itu “komited untuk membantu pengguna memahami dengan lebih baik tetapan privasi kami, “.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker