Teknologi

Yakuza 6: The Song of Life Bukan Game Gangster Biasa

Yakuza 6: The Song of Life atau Ryo Ga Gotoku 6 merupakan satu permainan aksi berkonsepkan yakuza Jepun (gangster) pada zaman kini.

Ryo Ga Gotoku merupakan siri gangster atau yakuza Jepun dengan Kazuya Kiryu sebagai protagis utama. Permainan ini merupakan siri ke 7 dan mengeluarkan versi Jepun dan antarabangsa.

Namun, disebalik tema gangster ini, Yakuza 6 juga menerapkan beberapa permainan mini yang mencerminkan budaya Jepun.

Sega telah mengemaskini permainan ini untuk versi pasaran antarabangsa dengan memasukkan beberapa permainan mini yang menarik seperti bermain dart, karaoke, bermain permainan arked, bermain besbol, bersenam, memancing, membela haiwan peliharaan, malah menjaga seorang bayi kecil.

Karaoke / Yakuza 6 (Sega™)
permainan arked / Yakuza 6 (Sega™)
menjaga bayi / Yakuza 6 (Sega™)

Beberapa permainan mini yang terdapat pada versi Jepun telah dikeluarkan untuk versi antarabangsa kerana ia adalah untuk pasaran tempatan sahaja.

Permainan arked pula, Yakuza memasukan versi penuh bagi permainan seperti Virtua Fighters 5, Puyo Puyo, Out Run, Super Hang-On, Space Harrier dan Fantasy Zone. Permainan ini juga boleh dimainkan dengan mod 2 pemain.

Yakuza 6: The Song of Life untuk versi antarabangsa akan berada di pasaran pada 20 Mac ini dan dilabel untuk pemain dewasa dengan kandungan 18 tahun ke atas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker