Hiburan

Tahukah Anda Asal Usul Nama-Nama Bulan?

Pernahkah anda terfikir bagaimana bulan mendapat namanya?

Dahulu orang-orang Rom purba akan mengucapkan “Selamat Tahun Baharu” pada 1 Mac kerana pada zaman itu tahun baharu bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Februari.

Ketika itu terdapat hanya 10 bulan dalam setahun dan musim sejuk akan berakhir pada bulan Mac. Kalender tersebut digunakan oleh para petani untuk menentukan waktu sesuai untuk menamam bahan pertanian serta waktu menuai.

Raja-raja di seluruh dunia pada zaman purba telah berusaha untuk menyusun kalender yang paling tepat.

Demi keseragaman, hampir semua negara di seluruh dunia telah menggunakan kalender Gregorius yang berasal dari Rom.

Wonderopolis telah menerangkan bagaimana orang Rom kuno memilih nama untuk kesemua 12 bulan.

Mac: Rom menegaskan bahawa semua perang berhenti ketika musim perayaan tahun lama dan baharu. Oleh kerana Mac adalah bulan pertama tahun baharu pada zaman Rom purba, sesetengah ahli sejarah percaya bahawa orang Rom menamakan bulan Mac sempena Marikh, dewa perang Rom.

April: Terdapat tiga teori tentang asal-usul nama April. Ada yang mengatakan April mendapat namanya daripada perkataan Latin yang bermaksud “kedua” disebabkan bulan April adalah bulan kedua pada kalendar zaman kuno. Pakar lain mendakwa ia berasal daripada “aperire,” perkataan Latin yang bermaksud “untuk membuka,” bagi menggambarkan bunga yang sedang mekar pada musim bunga. Pendapat lain mengatakan April mendapat namanya sempena dewi Aphrodite.

Mei: Mei dinamakan sempena Maia, dewi bumi yang menjaga pertumbuhan tanaman.

Jun: Bulan Jun merupakan bulan popular untuk majlis perkahwinan. Orang-orang Rom menamakan Jun sempena Juno, ratu para dewa serta penaung perkahwinan.

Julius Caeser

Juli: Julius Caeser memperbaharui kalender pada 46 sebelum masihi dan menamakan semula bulan ini sempena dirinya. Sebelum itu, Juli dinamakan “Quintilis,” iaitu bahasa Latin untuk “kelima.”

Augustus Caesar

Ogos: Ogos dinamakan sempena Augustus Caesar pada 8 sebelum masihi. Sebelum itu, Ogos dinamakan “Sextillia,” yang merupakan bahasa Latin untuk “keenam.”

Septemper: Nama September berasal daripada “septem”, perkataan Latin untuk “tujuh.” Ini adalah kerana kalender zaman kuno Rom bermula pada bulan Mac.

Oktober: Nama Oktober berasal daripada “octo”, perkataan Latin untuk “lapan.”

November: Nama November berasal daripada “novem”, perkataan Latin untuk “sembilan.”

Disember: Nama Disember berasal dari “decem”, perkataan Latin untuk “sepuluh.”

Numa Pompilius

2,700 tahun lalu, Raja Rom, Numa Pompilius telah menambah Januari dan Februari kepada kalender.

Februari: Sekitar 690 sebelum masihi, Numa Pompilius telah memanjangkan tempoh perayaan akhir tahun kepada sebulan. Perayaan yang dinamakan Festival Februa adalah bagaimana Februari mendapat namanya.

Dewa Yanus

Januari: Numa Pompilius menambah satu lagi bulan untuk menandakan permulaan tahun baharu. Ia dinamakan sempena Yanus, dewa Rom yang dikenali sebagai dewa permulaan dan akhir.

Pada tahun 1582, Pope Gregory XIII menyelaraskan kalendar ini untuk menandakan ekuinoks dan solstis planet. Oleh itu kebanyakan negara barat mula meraikan permulaan tahun pada 1 Januari. Kalendar baharu ini dikenali sebagai “kalendar Gregorius.”

Walau bagaimanapun, England dan tanah-tanah jajahan mereka masih meraikan tahun baharu pada tarikh ekuinoks musim bunga pada bulan Mac.

Mereka akhirnya menggunakan kalendar Gregorian pada tahun 1752.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker