Events

Luangkan Masa Bersama Keluarga di Nala’s Bazaar Malam

Nala’s Bazaar Malam

Tempat: Nala Designs, 18 Jalan Abdullah, 59000 Bangsar
Tarikh: 28 Januari 2018
Masa: 5 petang – 10 malam

Rasa kembali zaman kanak-kanak anda di Bazaar Malam Nala pada Ahad ini kerana ia menawarkan anda gula-gula dan permainan tempatan. Ganga Cafe akan menyajikan hidangan vegetarian sementara restoran Kin Kao akan menambat selera anda dengan makanan Thailand. Tidak ketinggalan juga sosej popular dari Tony & Rosana, gelato dari Jersey Jack dan kentang goreng Belgian dari Dr.Inc yang akan berada di sana untuk mengisi perut anda.


Food for Good Market 3.0

Tempat: Slate at The Row
Tarikh: 26 Januari 2018
Masa: 11 pagi – 6 petang

Bazar dua hari oleh Dinez-in menawarkan masakan tempatan, pastri buatan tangan, sesi pertukaran buku terpakai serta pelbagai aktiviti amal. Jangan lupa membawa bekas makanan dan peralatan anda sendiri bagi menyokong Zero Waste Movement.


Folior Fest 5

Tempat: Akademi Seni Dasein, Wangsa Maju
Tarikh: 24 Januari 2018
Masa: 10 pagi – 5 petang
Yuran Kemasukan: Percuma

Graduan daripada Akademi Seni Dasein akan mempamerkan bakat dan barangan kreatif mereka di pasar Folior Fest. Di sini anda akan menemui barangan unik seperti ‘kit survival bosan’ untuk membantu anda ketika kebosanan, mesin layan diri kapsul yang mengandungi barangan seni serta macam-macam makanan.

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker