AntarabangsaIsu Semasa

Kadar Kelahiran Menurun, China Berdepan Masalah Populasi

Kadar kelahiran tahunan di China telah menurun buat kali pertama sejak Beijing melonggarkan dasar satu keluarga satu anak, menunjukkan bahawa pembaharuan itu telah gagal menaikkan kadar kesuburan sekaligus memberi ancaman jangka panjang kepada pembangunan negara itu.

Menurut biro statistik negara itu, terdapat 17.23 juta kelahiran di China pada 2017, turun daripada 17.86 juta dalam tahun sebelumnya, lapor FinancialTimes.

Dasar parti Komunis yang memerintah membenarkan semua pasangan untuk mempunyai dua anak berkuat kuasa pada tahun 2016, yang membawa kepada peningkatan 1.3 juta kelahiran tahun itu berbanding tahun 2015.

Penganalisis berkata bahawa kenaikan kelahiran pada 2016 mungkin disebabkan oleh pasangan yang menunggu untuk mempunyai anak kedua, melakukannya sebaik sahaja polisi berubah.

“Sesetengah orang mengambil peluang menambah anak apabila larangan ditarik tetapi kebanyakan penduduk, termasuk yang tinggal di kawasan luar bandar, bimbang terhadap cara membayar pendidikan. . . Sangat sukar untuk menggalakkan orang ramai mempunyai lebih ramai anak,” kata Profesor Martin Whyte, pakar sosiologi di Harvard University.

Penduduk China bersamaan dengan 18.67% daripada jumlah penduduk dunia.

Pakar ekonomi juga telah memberi amaran bahawa penurunan kadar kelahiran di China akan menambahkan penduduk berumur dan mewujudkan kekurangan pekerja. Itu meletakkan beban yang lebih besar terhadap perkhidmatan sosial walaupun pendapatan per kapita di negara itu jauh di belakang negara maju.

“China sedang mengalami masalah yang kebanyakannya negara-negara maju telah mengalaminya buat masa yang lama,” tambah Prof Whyte.

Pada kira-kira pertengahan abad ini, satu dalam setiap tiga orang China dijangka berusia lebih daripada 60 tahun. Beijing menjangka penduduk negara akan meningkat pada kira-kira 2030 pada 1.4 bilion, sebelum mengalami penurunan secara beransur-ansur.

Penganalisis berkata, penekanan yang lebih besar untuk melabur dalam pendidikan kanak-kanak, menurunkan kadar kesuburan negara. Sesetengah ahli demografi mengatakan bahawa trend ini terbukti sebelum dasar satu keluarga satu anak diperkenalkan pada tahun 1979, yang bermaksud perubahan demografi akan berlaku tanpa mengira undang-undang.

Untuk mengatasi kadar kelahiran yang menurun, beberapa pengulas menganjurkan pengecualian cukai dan subsidi untuk menggalakkan pasangan mempunyai lebih banyak anak. Pengenalan dasar dua anak itu menjejaskan penduduk bandar China lebih daripada mereka di kawasan luar bandar, terutamanya kerana dasar itu tidak dikuatkuasakan sekuat di kawasan bandar.

Tetapi penghuni bandar China cenderung untuk memiliki kurang anak, sebahagiannya kerana mereka menyedari kos membesarkan anak-anak sebagai halangan dan kerana wanita di bandar lebih berpendidikan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker