AntarabangsaIsu SemasaMakan & Minum

Roti Baguette Berhak Menjadi Warisan Dunia

Tidak ada makanan Perancis yang lebih tradisional selain roti baguette. Roti panjang yang dimakan sebagai sarapan, makan tengah hari atau malam ini telah lama menjadi simbol negara itu.

Pada bila-bila masa sahaja, anda mungkin akan melihat penduduk Paris memegang roti panjang yang terletak di bawah lengan mereka.

Perkataan “baguette” bermaksud tongkat dan sejak tahun 1920, ia telah digunakan untuk merujuk kepada roti ini disebabkan bentuknya. Tetapi roti panjang ini mungkin telah wujud lebih lama sebelum itu.

Baguette warisan Perancis

Memandangkan kepentingan sejarahnya, Presiden Emmanuel Macron telah menyokong permintaan oleh pembuat roti supaya baguette dijadikan sebagai salah satu khazanah budaya dunia di dalam senarai “warisan tidak ketara” Unesco.

Menurut laporan AFP, permintaan itu dibuat selepas seni memutarkan doh piza oleh pembuat piza di Naples diberikan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), pada tahun lepas.

“Roti baguette amat dicemburui di seluruh dunia. Kami mesti memelihara keenakannya dan kepakaran kami, sebab itu ia perlu disenaraikan sebagai warisan,” kata Macron kepada sekumpulan pembuat roti di istana presiden, Elysee di Paris.

Dominique Anract, ketua persatuan pembuat roti dan pastri kebangsaan, mengatakan bahawa baguette yang diperbuat daripada tepung, air, garam dan yis, berhak mendapat tempat di dalam warisan dunia.

Tambah Anract, selain menara Eiffel, baguette juga salah satu simbol utama Perancis.

Menurut Macron, baguette adalah sebahagian daripada kehidupan seharian di Perancis dan ia turut mempunyai sejarah yang istimewa.

“Ia adalah tradisi setiap pagi, tengahari dan petang rakyat Perancis. Selepas melihat penduduk Naples berjaya menyenaraikan seni piza mereka dalam warisan dunia UNESCO, pembuat roti kami turut menginginkan pengiktirafan sama dibuat pada roti baguette mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button