AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Singapura Lancar Sistem Parkir Basikal Bawah Tanah

Para penunggang basikal di kawasan Woodlands, Singapura kini mempunyai pilihan selamat untuk meletakkan basikal mereka. Dengan kemudahan ini, penunggang dapat mengelak masalah hujan serta jenayah kecurian.

Menurut laporan Channel News Asia, SecureMyBike adalah kemudahan parkir basikal awam yang dibina khas di bawah tanah bersebelahan stesen MRT Admiralty, dengan memanfaatkan sistem automatik sepenuhnya (fully automated).

Pelaksanaan sistem canggih yang pertama sepertinya di Singapura ini masih dalam fasa percubaan di kawasan Kampung Admiralty – sebuah kompleks perumahan awam.

Untuk menggunakannya, pemilik basikal hanya perlu membuka akaun di salah satu kios pendaftaran bantu diri sebelum mereka menerima nombor pin. Fasiliti ini boleh menempatkan lebih 500 buah basikal dalam satu masa.

Pengguna boleh memilih antara tiga kios yang kelihatan seperti ruang lif untuk meletak dan mengambil semula basikal. Setiap kios adalah sedalam 10 meter dan mempunyai tujuh aras ruang penyimpanan.

Kos pembinaannya menelan belanja S$4.7 juta (RM14.2 juta).

Bagi menggalakkan ramai penduduk untuk mencuba kemudahan baharu ini, perkhidmatan SecureMyBike ditawarkan secara percuma untuk bulan Januari.

Mulai 1 Februari depan sehingga 30 April, mereka boleh memilih untuk membayar yuran bulanan S$22 (RM66) bagi penggunaan tanpa had masa atau 25 cent (RM0.75) untuk parkir basikal selama satu jam.

Mulai 1 Mei pula, yuran bulanannya ditetapkan pada kadar S$48 (RM145) atau 45 cent (RM1.40) bagi setiap jam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kemudahan parkir baharu bawah tanah itu turut dilengkapkan dengan fasiliti tempat letak basikal yang sedia ada bagi menggalakkan aktiviti berbasikal dalam kalangan penduduk.

LTA berharap menerusi sistem ini, masalah basikal yang sengaja diletakkan merata-rata oleh pemilik tidak bertanggungjawab dapat ditangani.

Show More

Related Articles

Back to top button