AntarabangsaIsu Semasa

Polis Filipina “Wajib” Pakai Kamera Badan

Tidak lama lagi, pasukan polis Filipina diwajibkan untuk memasang kamera di badan mereka ketika menjalankan operasi anti-dadah, dan ‘lawatan’ ke rumah suspek pula hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja.

Operasi polis melawat rumah-rumah suspek diberi gelaran operasi “Oplan Tokhang”, di mana mereka akan meminta penagih dan pengedar dadah untuk menyerah diri.

Kini, ia hanya boleh dilakukan di antara jam 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) sahaja.

Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menghapuskan keraguan/pandangan buruk orang ramai terhadap anggota-anggota polis yang terlibat dalam kempen perang dadah Presiden Duterte susulan pelbagai kes pembunuhan tanpa bicara yang dilakukan oleh mereka ke atas suspek.

Ia perlu dilakukan pada waktu siang, untuk menghapuskan keraguan orang ramai yang berpandangan bahawa jika anda menjadi ‘subjek’ Tokhang, anda akan dibunuh,” kata jurucakap polis┬áDionardo Carlos..

Memetik laporan Straits Times, ketua polis, Ronald dela Rosa menyatakan bahawa anggota-anggotanya akan memakai kamera badan untuk merekod proses tangkapan penjenayah.

“Sebaik sahaja ia (kamera) didapati, kita akan mewajibkan mereka (anggota polis) untuk memakainya.

“Kami juga mempunyai polisi, di mana tiada sebarang operasi anti-dadah akan dijalankan tanpa memakai kamera badan,” katanya.

Tetapi, Dela Rosa tidak memaklumkan secara terperinci mengenai bila pihak polis akan mendapat kamera itu.

Berdasarkan data polis, hampir 4,000 suspek dadah telah dibunuh tanpa bicara sejak Duterte dilantik menjadi presiden pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, polis mendakwa bahawa ‘pembunuhan’ itu terpaksa dilakukan kerana suspek-suspek melawan dengan agresif ketika ditahan.

Polis juga menafikan tuduhan-tuduhan yang dilakukan oleh kumpulan aktivis yang mendakwa pihak polis membunuh suspek penagih dan pengedar dadah dalam kempen bersistematik untuk tujuan menganiaya.

Selain itu, Dela Rosa turut mengarahkan polis untuk membawa suspek-suspek yang tercedera ke hospital dengan segera dan membuat pangkalan data bagi mereka yang maut dalam operasi polis.

Pada bulan Jun 2017, agensi berita antarabangsa Reuters mendedahkan bahawa polis telah menambak mati ratusan orang ketika melaksanakan operasi anti-dadah sebelum membawa mereka ke hospital dan kemudian diisytiharkan mati sejurus tiba di sana.

Menurut polis, mereka “mahu menyelamatkan nyawa”, namun ramai ahli keluarga suspek dan saksi-saksi lain berkata, polis hanya menghantar mayat mangsa ke hospital sebagai langkah untuk “menutup” kesalahan membunuh orang tanpa bicara.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker