Teknologi

Gajet Gamers Yang Menarik di CES 2018

CES 2018 atau Consumer Electronic Show yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat melihatkan antara gajet-gajet yang menjadi tumpuan ‘gadget geek’ pada 2018 ini.

Kami kongsikan antara gajet dan peralatan elektronik yang menarik khas untuk ‘gamers’ yang dipersembahkan pada acara ini.

Hyperkin Ultra Game Boy

Game Boy membuat penampilan kembalinya setelah sekian lama dengan hardware dan binaan yang lebih tahan dan anda boleh bermain tanpa menggunakan bateri AA lagi. Menurut Nintendo, Game Boy ini akan dijual pada harga AS$100 dan katrij asal masih boleh digunakan.

Hyperkin SupaBoy FC

Satu lagi kemaskini untuk salah satu konsol Nintendo. Anda boleh bermain permainan game retro Super Nintendo dalam bentuk ‘handheld’. Terdapat juga fungsi untuk bermain dengan orang lain sambil SupaBoy disambungkan ke TV.

Lenovo Mirage Solo

Google dan Lenovo telah bekerjasama menghasilkan satu gogel VR yang boleh disambungkan pada telefon Android. Mirage Solo dilengkapi Qualcomm’s Snapdragon 835 VR, 4GB Ram dan 110-degree ruang pandangan.

Project Linda

Kombinasi Razer Phone dan platform komputer riba bagi menghasilkan penggunaan Android melalui skrin besar dan papan kekunci dengan lebih lancar dan besar. Telefon pintar Razer bertindak selaku ‘komputer’ untuk menghidupkan komputer riba ini.

Merge 6DoF Blaster

Bagi yang sukakan permainan menembak, Merge 6DoF membolehkan anda menyambungkan telefon pintar padanya dan bermain secara menembak dalam format AR.

Show More

Related Articles

Back to top button