Events

Hadiri Seminar Keusahawanan Bersama Artis Di Karnival CEO Desa

Karnival CEO DESA

Tempat: Istana Budaya
Tarikh: 21 Januari 2018 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Yuran Kemasukan: Percuma

Jangan lepaskan peluang ini untuk menghadiri seminar keusahawanan muzik pertama di Malaysia. Selebriti Malaysi terkenal seperti Nabila Huda, Dian P. Ramlee, Datin Paduka Umie Aida, AR Badul, Dynas Mokhtar, Enot, Dotty, Balkysh, Ungku Ismail Aziz dan Afique Hussain akan berkongsi pengalaman mereka dalam muzik dan keusahawanan.


MITA Travel Fair

Tempat: MITEC
Tarikh: 19 – 21 Januari 2018
Masa: 10 pagi – 9 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

MITA Travel Fair 2018 menawarkan tawaran hebat untuk melancong ke tempat-tempat yang indah di pasaran domestik Malaysia. Dengan destinasi bertaraf dunia, termasuk pantai berpasir putih Pulau Langkawi hingga ke Menara Berkembar Petronas ikonik di ibu kota Kuala Lumpur – Malaysia sememangnya menawarkan pelbagai pilihan percutian untuk seluruh keluarga. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan tawaran hebat.


AWAS! A Week of Animation Shorts

Tempat: Gaslight Café, Plaza Damansara
Tarikh: 20 Januari 2018
Masa: 8.30 malam
Masa Kemasukan: RM 10

AWAS! akan menayangkan filem animasi pendek dari Eropah dan Asia, yang merangkumi pelbagai teknik animasi mengagumkan termasuk lukisan tradisional serta animasi berhenti gerakan dan rotoscoping. Saksikan animasi dari Itali, Bulgaria, Jepun, Singapura dan banyak lagi.


Comedy After Dark

Tempat: The Bee Publika, Solaris Dutamas
Tarikh: 20 Januari 2018
Masa: 8.30 malam
Yuran Kemasukan: RM 40

 

Have Pun Malaysia mempersembahkan para pelawak terbaik di Malaysia. Jangan lupa turun ke sini untuk bergelak ketawa bersama rakan dan keluarga.


Largest World Snack Fair 2018

Tempat: Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre, Singapura
Tarikh: 19 – 21 Januari 2018
Masa: 11 pagi – 8 malam

Membentangkan semua makanan ringan dari seluruh dunia, pameran makanan ringan terbesar di dunia akan diadakan hujung minggu ini dengan beribu-ribu snek untuk dipilih. 5 zon utama akan mempamerkan makanan ringan dari sejauh Eropah dan Jepun. Oleh itu, jangan lupa turun ke sini!

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker