Isu SemasaTempatan

Produk Mesra Alam Dapat Kurangkan Kesan Tuala Wanita

Setiap tahun sebanyak 2.4 billion tuala wanita digunakan dan ia bersamaan dengan 2.4 juta kg. Apakah kesannya terhadap alam sekitar?

Ramai yang tidak menyedari bahawa tuala wanita yang dipakai buang (disposable) kebanyakkannya dibuat daripada plastik, dan plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk dilupuskan (biodegrade).

Sumber: The Star

Dr Theng Lee Chong, pakar alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal, berkata setiap wanita berhaid menggunakan kira-kira 240 tuala wanita setiap tahun.

Tambahnya lagi, tuala wanita yang dipakai buang memberi kesan besar terhadap alam sekitar kerana ia akan terus bertambah di tapak pelupusan sampah dan kekal selamanya.

Produk mesra alam

Dr Theng mencadangkan pengunaan tuala wanita guna semula dan cawan menstruasi sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesannya kepada alam sekitar.

Tuala wanita guna semula boleh dibasuh dan dipakai kembali. Tetapi konsep cawan menstruasi masih baharu untuk kebanyakkan wanita.

Ia adalah cawan kecil yang diperbuat daripada silikon gred perubatan. Ia dilipat dan dimasukkan ke dalam serviks untuk mengumpul darah haid.

Ia boleh digunakan selama 12 jam dan boleh diguna semula untuk 10 tahun hingga 15 tahun.

Tetapi di Malaysia masih ramai yang tidak menyedari kewujudan alternatif lain kepada tuala wanita dipakai buang.

Kedua-dua produk alternatif ini boleh bertahan hingga 10 tahun lebih.

Seorang pengguna cawan menstruasi, Aminah Rahman, 33, berkata kepada The Star, “terdapat tanggapan bahawa memasukkan sebarang benda seperti ini boleh mecahkan dara, tetapi ia salah.”

Show More

Related Articles

Back to top button
Close