AntarabangsaIsu Semasa

Myanmar Pengeluar Opium Kedua Terbesar Di Dunia

Pihak berkuasa Myanmar telah merampas 30 juta pil dadah jenis syabu dan lebih daripada dua tan ‘ice’ serta heroin pada hari Khamis dalam sebuah operasi terbesar yang pernah dilakukan di negara itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa operasi tersebut dilancarkan susulan penangkapan empat orang suspek pengedar dadah pada dua hari lalu (Selasa).

“Ia merupakan operasi rampasan dadah dengan jumlah yang terbesar (dari segi nilai dan kuantiti) di dalam sejarah (Myanmar),” kata seorang pegawai kanan polis daripada jabatan anti-dadah.

Memetik laporan Straits Times, jumlah keseluruhan dadah-dadah yang berjaya dirampas bernilai kira-kira AS $54 Juta (RM 213,456,600), iaitu bersamaan 1/5 daripada jumlah dadah yang dirampas di seluruh negara sepanjang tahun 2017.

Difahamkan, Myanmar merupakan pengeluar opium kedua terbesar di dunia di belakang Afghanistan, tetapi permintaan popi telah menurun memandangkan permintaan untuk methamphatamine menjadi semakin ‘popular’.

Dalam pada itu, sempadan tanpa undang-undang di negara itu juga merupakan hab bagi pengeluar methamphatamine Asia, yang menghasilkan pil yaba dan ice di seluruh Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, malah kegiatan pengedaran/penyeludupan dadah dilihat semakin meningkat di seluruh Myanmar, terutamanya di bahagian utara Negeri Shan yang sedang bergolak memandangkan ramai kumpulan bersenjata etnik menggunakannya untuk membeli senjata.

Laluan-laluan penyeludupan juga telah mencapai di kawasan-kawasan konflik lain di bahagian barat, di mana operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya telah menyebabkan lebih daripada 655,000 orang melarikan diri ke Bangladesh sejak bulan Ogos 2017.

Selain itu, polis tempatan telah merampas pil methamphetamine bernilai lebih daripada AS$ 5 juta (RM 19.7 juta) di bahagian utara negeri Rakhine pada bulan Oktober, apabila pihak tentera melancarkan ‘pembersihan etnik’ di sana.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button