AntarabangsaIsu SemasaPolitik

India Sokong Palestin, Tetapi Juga “Berkawan” Dengan Israel

Baru-baru ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengadakan lawatan enam hari ke India.

Lawatan ini menjadikan beliau perdana menteri kedua negara itu untuk melawat New Delhi sejak kedua-dua negara tersebut menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1992.

Memetik laporan Al-Jazeera, ini juga merupakan lawatan rasmi yang pertama Netanyahu ke negara Asia Selatan.

Difahamkan, kerjasama pertahanan, keselamatan, perdagangan dan pertanian adalah agenda utama yang dibincangkan memandangkan Israel berhasrat untuk mengukuhkan lagi hubungannya dengan India, yang juga kuasa ekonomi terbesar di Asia Selatan.

Selain daripada perkara-perkara di atas, kerjasama juga akan ditingkatkan dalam keselamatan siber, dan juga usaha memerangi keganasan.

Dalam pada itu, India juga merupakan pembeli terbesar peralatan pertahanan dari Israel.

India telah mengundi untuk menentang langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun kedua-dua negara tersebut bersikap profesional dan masih ‘berkawan’ di luar PBB.

“Terdapat percubaan (India) untuk menyertai kem AS-Israel, kecuali ketika memilih kedudukan di PBB,” kata pegawai India Apoorva Gautam.

Ujarnya lagi, sokongan India ke atas Palestin di PBB merupakan “tindak balas terhadap tekanan antarabangsa dan percubaan untuk tidak mengasingkan India.”

Sementara itu, seorang dekan di Jindal School of International Affairs, Sreeram Chaulia menyatakan bahawa lawatan Netanyahu ini melambangkan keutuhan perkongsian strategik Israel bersama India yang berlandaskan tiga perkara, iaitu pertahanan, perisikan, serta perdagangan dan pelaburan sektor awam.

“Walaupun India tidak menyokong langkah presiden Donald Trump, Israel memahami kedudukan India dan kerjasamanya dengan India tidak diwujudkan dengan sebarang syarat,” kata beliau.

Tambah Chaulia, Israel juga mendapat manfaat daripada penjualan senjata dan keterbukaan diplomatik India, di mana negara itu tidak berharap untuk mengubah pendirian India yang berpihak/menyokong Palestin atau Iran.

Oleh itu, ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara sedang mengadakan hubungan diplomatik yang matang.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close