BudayaGaya Hidup

Perkara Menarik Yang Dilakukan Ketika Perayaan Ponggal

Ponggal adalah perayaan yang meraikan kasih sayang, hari-hari yang cerah, permulaan baharu serta makanan-makanan yang lazat.

Ia bermula daripada 14 hingga 17 Januari sebagai tanda berakhirnya musim menuai, di mana kaum Tamil menunjukkan rasa terima kasih kepada Dewa Matahari kerana tuaian yang baik.

Ponggal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah,” dan untuk mendapatkan hasil seperti itu, mereka mendidihkan susu di dalam periuk tanah liat di atas api terbuka.

Apabila buih mula melimpah daripada periuk, mereka menambah beras, minyak sapi, halia, kunyit, buah pelaga, kismis, kacang almond, kacang gajus dan bahan manis lain untuk membuat hidangan yang lazat.

Sehari sebelum Ponggal, kaum Tamil di India membakar barangan lama yang telah lusuh dan kemudian membeli barangan baharu.

Pada hari pertama perayaan ini, mereka meraikan matahari yang memberi sinaran cahaya.

Pada hari kedua pula, mereka memberi hormat kepada lembu kerana sumbangan mereka kepada hasil pertanian. Di kawasan perkampungan, tanduk lembu dan kerbau dicat berwarna-warni.

Pada hari ketiga, para gadis akan berdoa untuk masa depan yang baik, termasuk untuk mendapat seorang suami yang kacak dan tegap.

Gadis-gadis yang belum berkahwin akan membuat nasi ponggal kemudian memakai pakaian baharu dihiasi barang kemas emas dan perak.

Kemudian mereka pergi ke kuil untuk berdoa. Di situ juga terdapat lelaki-lelaki bujang yang berharap mereka dapat bertemu dengan bakal isteri.

 

Show More

Related Articles

Back to top button