Teknologi

Batman: Telltale Series, Deus Ex Percuma di PS Plus Januari Ini

Bagi mereka yang memiliki akaun PlayStation Plus, jangan lupa untuk mendapatkan freebies untuk Januari ini dari PlaySation.

Antara freebies bulan ini, pemilik akaun PlayStation Plus PlayStation 4 boleh memuat-turun Batman: The Telltale Series Musim pertama secara percuma.

Permainan Batman kali ini tidak seperti permainan Batman yang biasa anda lihat, kerana ianya berbentuk cerita dengan pilihan kesudahan.

Selain itu, Deus Ex: Mankind Divided juga diberikan secara percuma untuk dimuat-turun. Deus Ex merupakan permainan aksi 3rd-person dengan tema cyberpunk.

Starblood Arena bagi pemilik PlaystationVR juga merupakan antara freebies bulan ini. Permainan ini bertemakan perang melalui pandangan VR yang boleh dimainkan beramai-ramai di dalam talian.

Tidak dilupakan kepada pemilik konsol Playstation 3, BioShock Infinite: Ultimate Edition dan Scared 3 diberikan secara percuma untuk dimuat-turun.

Namun, untuk mereka yang memiliki akaun PlayStation Plus yang telah tamat langganan, Sony juga memberikan satu promosi yang hebat dimana dengan harga RM213, anda boleh mendapatkan langganan PlayStation Plus untuk 12 bulan dan muat turun FIFA 18 terbaru secara percuma.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button