Hiburan

Bolehkah Disney Hasilkan Watak Puteri LGBT?

Temu bual pengarah filem Moana baru-baru ini; Ron Clements dan John Musker, menyuarakan tentang kemungkinan penghasilan watak seorang puteri Disney LGBT, selepas Puteri pertama Polynesian, Moana diterbitkan pada tahun 2016.

Kedua-duanya mendakwa bahawa Disney tidak menolak idea untuk mempunyai puteri Disney LGBT. Sokongan dan permintaan yang menggalakkan untuk mencipta watak yang unik untuk mewakili Masyarakat LGBT juga turut membuka jalan bagi Disney untuk mengembangkan idea tersebut.

Dalam temu bual bersama Huffington Post, Ron Clements dan John Musker membawa harapan kepada peminat LGBT yang ingin diwakili oleh seorang puteri Disney dari golongan itu.

“Ia seolah-olah kemungkinan yang cukup terbuka pada masa ini,” kata Clements ketika ditanya tentang rancangan masa depan untuk seorang puteri LGBT.

“Ia akan diketuai oleh seorang pengarah atau pasukan yang benar-benar mahu menerbitkan puteri LGBT dan jika Ketua Pegawai Kreatif Animasi Disney, John Lasseter menyukai idea itu, kita tidak mempunyai sebarang halangan buat masa ini,” Musker menambah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pengarah itu tidak mempunyai kawalan atau kuasa dalam memutuskan apa yang Disney bakal lakukan. Pasangan pengarah itu dikenali dengan hasil kerja yang mengangkat golongan minoriti.

Watak Moana adalah sentuhan baru pada puteri Disney klasik. Moana adalah puteri pertama Disney dari keturunan Polynesian, yang dirujuk oleh para pengarah sebagai sesuatu yang baru. Pasangan itu juga mengarahkan “The Princess and the Frog,” yang menjadikan Tiana sebagai puteri berkulit hitam pertama dalam filem Disney.

Walau bagaimanapun, PinkNews melaporkan bahawa seorang puteri LGBT mungkin tidak akan diterbitkan kerana beberapa faktor.

Orang dalam industri mengatakan bahawa kemungkinan watak-watak gay terkemuka yang muncul dalam filem Disney atau Marvel, hanyalah untuk sebab-sebab kewangan, bukannya atas dasar seni kreatif.

Sebagai sebuah syarikat terkemuka yang mempunyai pasaran filem di seluruh dunia, Disney juga perlu mematuhi piawaian pematuhan di negara-negara dengan undang-undang homofobik yang melarang penggambaran homoseksual.

Sebagai contoh, filem Beauty and The Beast yang dikhabarkan mempunyai babak gay, telah menerima ‘ancaman’ untuk diharamkan di beberapa negara termasuk Kuwait dan Malaysia sendiri.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker