Events

Jangan Lupa Turun Ke #GoGegaria Hari Ini!

Gegaria

Tempat: Pusat Konvensyen Setia City, Carpark B, Shah Alam
Tarikh: 13 Januari 2018
Masa: 8 pagi – 10 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Dianjurkan oleh Media Prima Bhd (MPB), acara menarik ini memaparkan lima acara menyeronokkan buat semua pengunjung, tak kira lelaki atau perempuan. Antara yang terdapat di sini adalah Gegaria Zumba, Gegaria Makan-Makan, Gegaria Terowong Throwback, Komuniti Gegaria dan Hiburan Gegaria. Jangan lupa nikmati  makanan trak yang lazat, aktiviti fesyen dan kecantikan serta persembahan daripada artis tempatan.


Malaysia Cyber Games 2018

Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 13 – 14 Januari 2018
Masa: 9 pagi

Selepas dua tahun, Cyber Games Malaysia kini kembali lagi. Lapan pertandingan berbeza telah dibuka untuk edisi 2018 Cyber Games Malaysia, dengan hampir RM300,000 hadiah keseluruhan untuk dimenangi. Jadi kepada semua gamers, jangan lupa datang! Turun dan saksikan pasukan dari seluruh Malaysia merebut kemenangan di acara berprestij ini.


Kl International Halal Expo

Tempat: Pusat Pameran Mid Valley – Dewan 1, 2 & 3
Tarikh: 13 – 14 Januari 2018
Yuran Kemasukan: Percuma

Ekspo ini adalah platform terbaik untuk industri halal di Kuala Lumpur mempromosikan jenama halal, produk halal, serta pengetahuan dan kesedaran tentang industri ini. Usahawan berpeluang meluaskan perniagaan serta mempromosikan produk halal mereka.

Show More

Artikel Berkaitan.