AntarabangsaIsu Semasa

Serangan Siber Boleh Cetuskan Perang Nuklear

Sistem senjata nuklear mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menjadi ‘mangsa’ serangan siber dan boleh menyebabkan berlakunya pelancaran nuklear “secara tidak sengaja”.

Kajian yang dilakukan oleh pusat pemikir Chatham House, telah mengenal pasti beberapa kelemahan di dalam sistem nuklear di seluruh dunia dan ini menybebakan ia terdedah dengan serangan-serangan siber seperti malware dan juga virus.

Perkara ini amat membimbangkan kerana negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Perancis, India, Pakistan, Israel dan Korea Utara memiliki senjata tersebut dan sekiranya jatuh pada tangan yang salah, ia berpotensi mencetuskan perang nuklear.

“Kemungkinan berlakunya cubaan serangan siber ke atas sistem senjata nuklear sangat tinggi dan semakin meningkat.

“Kelemahan (keselamatan) siber dalam sistem dan struktur senjata nuklear boleh mendatangkan bahaya dan risiko,” menurut kajian itu.

Tambahnya lagi, pihak musuh juga boleh memanipulasi data-data di dalam komponen yang terlibat dalam pelancaran nuklear.

Tetapi dalam senario terburuk, ia  (serangan siber) boleh memberi maklumat palsu dan menyebabkan pelancaran senjata nuklear secara tidak sengaja.

Selain itu, faktor-faktor yang membimbangkang orang ramai sejak permulaan zaman nuklear adalah kesalahan manusia, pencerobohan risikan dan juga kegagalan mekanikal.

Sekiranya senjata itu dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia akan menyebabkan kemusnahan luar biasa ke atas dunia sekali gus mengorbankan jutaan nyawa.

Oleh itu,¬†Chatham House menggesa kerajaan di negara-negara yang mempunyai nuklear untuk lebih terbuka mengenai perbincangan mereka dalam isu-isu penting yang memerlukan “perhatian segera”.

Ujarnya lagi, orang awam yang akan menjadi mangsa utama sekiranya sistem keselamatan nuklear terdedah dengan sebarang serangan siber atau penggodaman.

 

 

Dalam pada itu, Amerika Syarikat juga dilaporkan mungkin telah ‘campur tangan’ dalam sistem nuklear Korea Utara pada tahun 2016, lalu menyebabkan kegagalan ujiannya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker