Teknologi

Ronin-S Stabilizer 3-Axis Khas Untuk DSLR

Tahun ini DJI akan mengeluarkan satu peralatan stabilizer terbaru khas untuk kamera DSLR iaitu DJI Ronin-S.

sumber imej: DJI

Ia merupakan stabilizer pertama mereka dengan menggunakan satu tangan seperti DJI Osmo.

Sebelum Ronin-S, DJI telah pun mengeluarkan siri stabilizer untuk DSLR yang lebih profesional iaitu DJI Ronin-M, namun ia merupakan peralatan dengan rangka yang sangat besar dan lebih berat.

Sistem dan fungsinya hampir sama dengan DJI Osmo dan DJI Osmo Mobile dimana ia menggunakan fungsi gimbal 3-dimensi namun ia hanya menyokong kamera dan fungsi lain hanya terdapat pada pemegang.

sumber imej: DJI
sumber imej: DJI

Gimbal ini mampu menghasilkan rakaman video yang lebih stabil ketika bergerak.

Tuil di pemegangnya pula boleh menggerakkan axis kamera atas-bawah dan kiri-kanan tanpa memegang kamera.

Ronin-S mampu menyokong kebanyakan kamera di pasaran seperti Canon, Sony dan Panasonic.

Beberapa aksesori untuk Ronin-S juga akan dikeluarkan secara berperingkat untuk memberikan penggunakan gimbal ini dengan lebih baik.

DJI mengumumkan Ronin-S bakal berada di pasaran sekitar pertengahan tahun 2018 namun masih tiada lagi harga yang ditetapkan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.