AntarabangsaIsu Semasa

Mengubah Nasib Belia Casablanca Menerusi Seni Dan Muzik

Sebuah pusat budaya dan seni di Sidi Moumen, Casablanca, yang ditubuhkan oleh pembuat filem Nabil Ayouch bersama artis Mahi Binebine, berharap menerusi aktiviti seni, mereka dapat mengubah nasib belia dan memberi harapan baharu untuk mereka.

Dahulu, daerah ini merupakan tempat tinggal kepada 12 pengebom berani mati yang membunuh 33 orang pada Mei 2003.

“Apabila kita memberitahu belia bahawa keganasan bukan cara untuk meluahkan perasaan, kita perlu mencarikan cara lain untuk mereka,” kata Nabil Ayouch.

Gambar oleh AFP

Stars Cultural Centre menawarkan kelas muzik dan teori muzik, tarian klasikal, hip-hop, bahasa Inggeris dan Perancis kepada lebih 300 belia dan kanak-kanak.

Ayouch mula mengenali daerah ini apabila beliau membuat filemnya, “Horses of God” yang menceritakan bagaimana belia di kawasan ini menjadi semakin radikal.

Apabila menganjurkan tayangan filem tersebut, Ayouch menyedari sesuatu: “Walaupun di kawasan yang tiada hak, anda berhak untuk berharap.”

Daripada situ, beliau telah memutuskan untuk menubuh sebuah pusat untuk belia.

Mengubah persepsi masyarakat menerusi seni

Gambar oleh AFP

Yacine, 14, sedang mempelajari teori piano dan muzik dan berharap satu hari nanti dia boleh menjadi seorang pemuzik dalam orkestra.

Keluarga pelajar membiayai pelajaran mereka di sana tetapi mereka yang kurang mampu menerima kadar subsidi.

Pusat ini menawarkan siaran filem percuma, menganjurkan persembahan daripada artis asing yang sering menarik penonton dari kawasan jauh.

Gamabr oleh AFP

“Pada tahun 2014, tiada apa-apa (di sini) – tiada budaya, tiada pawagam,” kata penolong pengurus pusat, Soumia Errahmani.

Tetapi pusat yang menerima sumbangan daripada pihak swasta dan institut kebudayaan asing ini, menunjukkan bahawa terdapat juga bakat dan bukan sahaja pengganas di daerah itu, jelas Soumia.

Belia bertudung yang berusia 24 tahun ini, berkata projek ini mengajarnya bahawa “jika anda mahu, anda boleh (melakukannya)”.

Soumia menerangkan dalam masyarakat konservatif Maghribi, seni dan tarian sukar untuk diterima.

Tetapi terdapat sesetengah ibu bapa yang bangga melihat anak-anak mereka membuat persembahan. Terdapat juga mereka yang bimbang melihat anak perempuan mereka menari dan telah datang untuk meminta nasihat.

Sebuah pusat yang sama telah dibuka di daerah Beni Makada di Tangiers, sebuah kawasan yang terkenal dengan masalah dadah.

Pengarah Annafs Azzakia Ben Sbih memberitahu AFP pusat itu bertujuan untuk “menunjukkan bahawa terdapat juga bakat muda” dan mengubah persepsi awam tentang kawasan ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.