Tempatan

J.K. Rowling Dedahkan Rahsia Kejayaan

Baru-baru ini, seorang penulis bercita-cita tinggi (dan juga seorang peminat Harry Potter) meluahkan perasaan kecewa dan hampa di Twitter.

“Saya mahu menulis seperti @jk_rowling atau @StephenKing tetapi ia terlalu sukar untuk saya,” ulasnya. “Saya tiada motivasi. Sata tidak akan selesai menulis buku saya.”

Walaupun beliau mempunyai lebih daripada 13 juta pengikut di Twitter, J.K. Rowling telah melihat tweet berkenaan, lalu membalasnya: “Jangan tulis seperti  saya. Tulis seperti anda. Tiada orang lain yang boleh buat begitu. Siapkan buku anda.”

Sudah tentu Rowling berkata benar.

23 tahun yang lalu Joanne Rowling ialah seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan. Beliau telah memohon faedah kebajikan supaya dapat menjaga anak perempuannya yang berumur satu tahun.

Pada waktu itu Rowling hidup dalam kemiskinan, tetapi tidak bergelandangan. Beliau juga didiagnos mengalami kemurungan dan pernah mempertimbangkan untuk membunuh diri.

Beliau kemudian merenung kembali waktu dalam hidupnya itu dan mengatakan bahawa beliau adalah ‘kegagalan terbesar’ yang dikenalnya.

Tetapi beliau telah memutuskan untuk menyalurkan keseluruhan tenaga kepada “menghabiskan satu-satunya kerja yang penting baginya”

Itulah apa yang dilakukan oleh orang yang berjaya. Mereka mula – dan mereka selesaikannya.

Cuba fikirkan tentang orang-orang berjaya yang anda kenali, mudah untuk menganggap bahawa mereka memiliki idea, bakat, kemahiran, kreativiti yang anda tiada.

Tetapi anggapan itu adalah salah. Kejayaan, pada tahap mana-mana pun, tidak pernah terjamin dan ia jelas pada peringkat awal rancangan kita, terutamanya apabila keadaan kelihatan sukar. Anda berasa titik akhir tidak jelas, rancangan anda tidak sempurna dan kesemua langkah yang diambil tidak dilaksanakan dengan betul.

Kejayaan adalah impian yang masih jauh dan hanya berlaku apabila ia telah dicapai.

Oleh itu, anda perlu bekerja keras, tekun dan bersungguh-sungguh hari demi hari. Dalam pada itu, jangan sesekali membandingkan diri anda dengan orang lain kerana sesungguhnya matlamat anda bukan untuk menjadi Elon Musk, Richard Branson atau J.K. Rowling.

Matlamat anda adalah untuk mencapai sesuatu yang lebih bagus: untuk menjadi diri anda yang pertama.

Artikel ini adalah pendapat penulis Jeff Haden di leaderonomics.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker