AntarabangsaIsu Semasa

Asean Memanfaatkan Seluruh Penduduk Asia Tenggara

“Asean bukan sahaja untuk diplomat dan pegawai kerajaan.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam sebuah majlis pada hari Jumaat (12/1/2018) untuk melancarkan kepengerusian negara itu dalam Asean pada tahun ini.

“Asean telah memberi manfaat kepada kita semua yang menetap di Asia Tenggara, termasuk Singapura,” ujar beliau.

Sebagai pengerusi blok itu bagi tahun 2018, Singapura akan melancarkan beberapa projek yang akan mengukuhkan lagi daya tahan rantau itu terhadap ancaman-ancaman seperti keganasan, jenayah siber, dan perubahan iklim.

Memetik laporan Straits Times, Lee berikrar bahawa Singapura akan melakukan yang terbaik untuk membawa Asean kehadapan, dan ia selaras dengan tema pada tahun ini iaitu “daya tahan dan inovasi”.

Beliau berkata, blok berkenaan telah membawa keamanan, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan kepada rakyat di dalam rantau itu.

Dalam pada itu, komuniti ekonomi Asean juga telah membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Dengan adanya Kawasan Perdagangan Bebas Asean yang ditubuhkan pada tahun 1992, syarikat-syarikat di rantau ini boleh mencapai pasaran gabungan yang mempunyai 630 juta orang, iaitu 100 kali ganda lebih banyak daripada populasi keseluruhan Singapura.

Ujarnya, Asia Tenggara “sangat jauh dari keamanan” sebelum Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapore bergabung untuk menubuhkan Asean pada tahun 1967.

Kemudian, blok itu menjadi semakin kukuh dengan penyertaan Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja, lalu menjadikan Asean sebuah blok yang terdiri daripada 10 buah negara.

“Sekiranya rantau ini masih dibelenggu konflik, Singapura, sebuah negara yang kecil dan terdedah, mungkin tidak akan terselamat,” kata Lee.

Tambah beliau, Asean telah memberi anggota-anggotanya suara di pentas antarabangsa dan meningkatkan pengaruh rantau ini di peringkat global.

“Kita telah berjaya bersemuka dengan negara-negara utama seperti AS, China, India dan Jepun, untuk bekerjasama dan menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan kita,” menurutnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.