Sukan

Alexis Sanchez Kekal Jika Tiada Pengganti

Alexis Sanchez akan meninggalkan Arsenal pada bulan ini, hanya jika kelab itu menerima tawaran yang berbaloi dan jika ada pengganti yang akan menggantikan pemain itu.

Terdapat berita yang mengatakan perbincangan sedang berjalan di antara the Gunners dan Manchester City. Walau bagaimanapun pihak Pep Guardiola perlu memperbaiki tawaran £20-juta untuk menyaingi tanda harga £35-juta yang diletak oleh Arsenal. Dikatakan tawaran di dalam lingkungan £25-juta ke £30-juta adalah munasabah.

Namun, terdapat laporan lain mengatakan Manchester United sedang mencuba memotong City untuk mendapatkan Alexis dengan meletakkan tawaran £25-juta. Walaupun Alexis lebih berminat untuk menyertai pasukan Pep, bekas pengurusnya di Barcelona, tetapi United bersedia untuk memancing pemain dari Chile itu dengan tawaran kewangan yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh Manchester City.

Arsenal membuat percubaan pada saat-saat akhir di jendela perpindahan yang lalu untuk mendapatkan Thomas Lemar, tetapi gagal dan itu membuatkan perpindahan Sanchez ke Manchester City yang dikatakan bernilai £60-juta batal.

Pada ketika ini, Arsenal menumpukan perhatiannya untuk mendapatkan Malcom, yang berumur 20 tahun sebagai pengganti Alexis. Bakat muda Bordeaux itu telah terbukti berbisa apabila bermain di bahagian kanan pada musim ini. Beliau telah menjaringkan tujuh gol dan membantu empat gol yang lain untuk kelabnya itu.

Lembaga Pengarah  the Gunners mahu mengelakkan senario di mana Alexis menamatkan kontraknya pada hujung musim ini, dan boleh disambar oleh kelab-kelab lain secara percuma.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.