Gaya HidupMakan & Minum

Restoran Ipoh Guna Khidmat Pelayan Robot

Restoran popular di Ipoh, Perak yang menyidangkan makanan tradisional Cina kini memberi pengalaman baharu buat pelanggannya.

Restoran Kopitiam Nam Heong merupakan antara yang terawal menggunakan teknologi robot yang diprogram untuk membawa makanan pelanggan kepada meja mereka dengan laluan yang telah ditetapkan.

“Tujuan utamanya adalah untuk membawa makanan kepada meja pelanggan. Robot akan menyapa pelanggan sebelum meminta mereka mengambil makanan daripada dulang,” kata penolong pengurus besar Nam Heong, Jacky Lim kepada The Star.

Gambar oleh Marcus Pheong Kar Yu/DailyMail

Robot-robot ini diprogram untuk berbahasa Inggeris dan Kantonis. Mereka akan mengucapkan “Welcome” (selamat datang), “You food is served, please enjoy” (makanan anda telah dihidangkan, sila menjamu selera), “I’m in operation, please give orders” (saya sedang beroperasi, sila beri pesanan) dan “Excuse me” (maafkan saya).

Setelah pelayan robot selesai menjalankan kerja mereka, pelanggan perlu menekan sensor pada lengan robot supaya mereka dapat pulang kembali kepada tempat mereka. Robot pelayan juga mempunyai sensor yang membolehkan berhenti jika terdapat sebarang halangan.

Sebanyak sepuluh robot yang menelan perbelanjaan sebanyak 30,000 yuan (RM 18,467), di import dari China . Mereka diberi nama sempena selebriti terkenal di Asia seperti Dilraba Dilmurat, Hannah Quinlivan, Michelle Reis, Fan BingBing and Angelababy.

Gamabar oleh 88razi

Lapan diletakkan di cawangan Ipoh Soho manakala dua lagi berada di cawangan Damen Mall, Subang Jaya.

“Dengan menggunakan robot ini, kami berharap dapat mengurangkan masa menunggu makanan kepada 15 atau 10 minit,” katanya sambil menambah bahawa robot ini boleh bekerja selama lapan jam sebelum perlu dicas semula.

Lim menambah bahawa robot ini hanya untuk memperbaiki servis bukan untuk menggantikan pekerja manusia.

Kopitiam Nam Heong

Alamat: Block B, 2-15; Ipoh Soho, Jalan Sultan Iskandar Shah, 30000, Ipoh.

Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Tel: 05-246 0521.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.