Isu SemasaTempatan

Kejayaan Malaysia Dalam Membentuk Dasar Luar Negara

Dasar luar negara memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan, kedaulatan dan keamanan sesebuah negara dengan negara-negara lain di pentas antarabangsa.

Sebelum membentuk dasar luar dengan sesebuah negara, amat penting untuk mengetahui latar belakang, budaya, masyarakat dan juga keperluan asasnya dari segi keselamatan ekonomi serta politik.

Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang amat terkenal dengan menjaga hubungan yang baik bersama negara-negara luar.

Negara kita juga disenangi negara luar kerana sentiasa mengekalkan dan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan mengamalkan prinsip rundingan, keterbukaan dan kerjasama yang baik dalam segala aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik.

Ini membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya membentuk dasar-dasar luar yang adil dan tidak berat sebelah demi menjaga kepentingan bersama dengan negara-negara yang ia berhubung.

Menurut bekas Duta Malaysia, Dr. Azhari Karim, di dalam penulisannya “KL’s success in foreign policy” di News Straits Times, kejayaan Perdana Menteri dalam membentuk dasar luar boleh dinilai menggunakan Causal Layered Analysis (CLA), iaitu sebuah teknik yang digunakan dalam perancangan strategik dan pengajian masa depan untuk membentuk masa depan.

Berdasarkan sebuah kajian mengenai dasar luar Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas, terdapat 5 lima set negara yang menjadi tumpuan kerajaan, iaitu Amerika Syarikat (AS), China, negara-negara Asean, India dan Arab Saudi.

Untuk membentuk dasar luar luar yang sesuai bagi setiap set negara, perkara-perkara tersebut perlu diambil kira:

1. Negara-negara Asean: Fakta-fakta geografi, sejarah, ekonomi dan logik serantau

2. AS dan China: Hasil dan keberkesanan penjenamaan negara yang sedang digunakan

3. China dan Asean: Arka sejarah

4. India dan China: Perkongsian strategik

5. Arab Saudi: Kesatuan Ummah

6. India dan Arab Saudi: dasar-dasar “Pandang Ke Timur”

Dengan mengkategorikan isu-isu dan mengenal pasti faktor-faktor disebaliknya, Malaysia telah menyambut kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud pada tahun lepas.

Apabila Perdana Menteri melawat India pada tahun yang sama, terdapat jangkaan dan harapan tinggi daripada kedua-dua belah pihak yang menunjukkan permulaan baru bagi Dasar Pandang ke Timur yang dimulakan oleh India dua dekad lalu.

Dalam merapatkan lagi hubungan dengan China pula, Perdana Menteri mengukuhkan hubungan sejarah dan memanfaatkan kebangkitan China bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh AS.

Sehubungan dengan itu, China juga telah meningkatkan lagi pelaburan dalam pembangunan infrastruktur sekali gus mendorong Jack Ma untuk membawa syarikatnya, Ali Baba masuk ke Malaysia.

Dalam pada itu, Dr. Azhari berkata, Asean akan mewakili cabaran yang lebih besar bagi dasar luar Malaysia.

Komuniti tersebut perlu meningkatkan persefahaman dan bersatu padu, dan negara-negara anggota juga harus bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan.

Dengan prestasi Malaysia yang bagus dalam membentuk dasar luar, negara kita bersedia untuk mengalu-alukan lebih banyak negara untuk melihatnya sebagai ‘pintu masuk’ ke Timur.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.