Gaya HidupPercutian

Kediaman Shakespeare Di China?

Negara China telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah replika tempat kelahiran sasterawan terkenal iaitu Shakespeare.

Bakal dibuka di Fuzhou, di  tenggara China, projek itu akan diselia oleh The Shakespeare Birthplace Trust di England yang akan memastikan bahawa bangunan replika tersebut digambarkan seperti lokasinya yang sebenar.

REPLIKA KEDIAMAN SHAKESPEARE SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN

Menurut laman sesawang Star 2, replika kediaman Shakespeare bersama-sama dengan replika kediaman sasterawan-sasterawan lain, akan dikumpulkan serta dijadikan pusat kebudayaan antarabangsa baru yang akan memberi penghormatan kepada tiga sasterawan termashur.

Shakespeare akan menjadi salah seorang daripada tiga tokoh sastera yang diberi penghormatan di San Weng.

Di dalam bahasa cina, San Weng bermaksud tiga tuan. Dua orang lagi sasterawan yang diberi penghormatan bersama Shakespeare adalah, Cervantes dan Tang Xianzu iaitu seorang sasterawan tempatan yang dianggap sebagai Shakespeare Timur.

Gambaran pelukis tentang Shakespeare

Bandar tiruan ini direka berdasarkan sebuah tempat bernama Stratford-upon-Avon, di mana sasterawan itu dilahirkan.

Projek San Weng akan mencipta semula kediaman Shakespeare  yang telah dirobohkan pada tahun 1759 berdasarkan penemuan arkeologi dan rekod yang dimiliki oleh Shakespeare Birthplace Trust.

Ia juga meniru dua kediaman penulis terkenal tersebut, antaranya termasuklah New Place, di mana beliau telah tinggal selama 19 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1616.

 

PELUANG BAGI PENGUNJUNG MERASAI PENGALAMAN MELAWAT KEDIAMAN SHAKESPEARE DI CHINA

“Misi kami sebagai badan amal adalah untuk mempromosikan pemahaman tentang karya, kehidupan serta  zaman kegemilangan Shakespeare ke seluruh dunia,” kata Philippa Rawlinson, wakil ketua eksekutif Shakespeare Birthplace Trust.

“Projek ini akan memberikan peluang bagi berjuta-juta individu yang mungkin tidak berpeluang untuk melawat kediaman asalnya di Britain,  peluang untuk meneroka warisan Shakespeare di China.

 

CHINA PENERAJU BINAAN REPLIKA

Negara China merupakan peneraju dalam membina replika mercu tanda utama serta replika yang mana saiznya seperti yang sebenar.

Bandar Paris mini di China

Replika lain yang terdapat di China adalah London Tower Bridge di Suzhou, Bandar Thames yang terletak berdekatan Shanghai serta sebuah bandar Paris mini yang lengkap dengan menara Eiffel yang bersaiz 1/3 lebih kecil daripada Menara Eiffel yang asli.

Selain itu, Macau mempunyai replika Colosseum Rom yang juga merupakan sebuah pusat membeli-belah.

Di Bejing pula terdapat sebuah taman di mana pengunjung boleh membeli belah.

Digelar Florentia Village,  ia menampilkan laluan air berliku, jambatan dan gondola seperti yang terdapat di Venice.

Replika Collosseum Rom di Macao
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.