Sukan

Asia Pacific Masters Games – Kejohanan Untuk Yang Berumur 30 Tahun Ke Atas

Asia Pacific Masters Games 2018 yang bakal diadakan di Pulau Pinang ini merupakan kejohanan pertama di rantau Asia Tenggara dengan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.5 juta untuk kejohanan antarabangsa tersebut, selain RM1 juta lagi dari Malaysia Major Events Division (MME).

Ia merupakan kejohanan acara sukan pelbagai yang dianjurkan empat tahun sekali, melibatkan penyertaan mereka yang berusia 30 tahun dan ke atas.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 7 hingga 15 September tahun telah pun dirasmikan oleh Datuk Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Pulau Pinang pada awal bulan Januari.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Y.A.M Tuanku Tan Sri Imran Ibni Al-Marhum Tuanku Ja’afar Al-Haj yang juga anggota International Olympic Council (IOC), turut melahirkan harapan bahawa kejohanan tersebut akan membawa lebih ramai pengunjung tempatan serta pelancong asing untuk menikmati keindahan nilai warisan bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang, khususnya Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Kira-kira 22 acara akan dipertandingkan seperti bola sepak, badminton, olahraga, hoki, ping pong, maraton, bola tampar, skuasy, lumba basikal, bola keranjang, tenis, bot naga, bola jaring, wushu, renang, ragbi, karate, tenpin boling, golf, menembak dan sebagainya. 

Dijangka sebanyak 5,000 penyertaan, (termasuk) 3,000 penyertaan antarabangsa akan menyertai kejohanan ini.

Kali pertama kejohanan itu dianjurkan ialah pada tahun 1985 di Toronto, Kanada.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web rasminya di https://www.apmg2018.com/

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker