AntarabangsaIsu Semasa

EU Perlu Bersatu Untuk “Dihormati Oleh China”

China merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk mengambil alih kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa nombor satu di dunia memandangkan ia mempunyai pengaruh, sumber, teknologi dan kemahiran yang sewajarnya untuk merealisasikan impian itu.

Dalam usaha mendapat penghormatan dari China, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan bahawa Eropah perlu mengambil pendekatan bersatu bagi melindungi aset-aset strategik daripada diambil alih oleh pihak asing.

Dalam lawatan tiga hari beliau ke negara itu, Macron turut menggesa pemimpin-pemimpin negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk menjadi lebih berhati-hati mengenai aset yang mereka benarkan untuk diambil alih.

“Eropah kerap menunjukkan sikap berbelah bahagi mengenai China…dan China tidak akan menghormati sebuah benua atau kuasa, apabila terdapat segelintir negara anggota yang membiarkan ‘pintu mereka terbuka’ secara bebas,” katanya kepada komuniti Perancis di Beijing.

Memetik laporan Reuters, presiden itu mahukan supaya pelaburan-pelaburan asing di dalam sektor strategik di benua itu disaring di peringkat EU, namun banyak negara anggota blok tersebut yang miskin dan bergantung pada pelaburan China tidak bersetuju dengan langkah itu.

“China, sebagai sebuah kuasa besar, tidak menghormati sesebuah negara yang menjual infrastruktur-infrastruktur pentingnya kepada pembida yang terendah,” ujar Macron.

Dalam pada itu, duta EU kepada China menyatakan bahawa EU berharap rundingan pelaburannya dengan Beijing akan mencapai ‘peringkat penentu’ pada tahun ini, sambil menyeru negara tersebut untuk membuka ekonominya kepada seluruh dunia.

Show More

Artikel Berkaitan.