AntarabangsaIsu Semasa

Peti Telefon Ikonik British Diberi Nafas Baharu

Peti telefon merah klasik yang hampir menghadapi kepupusan disebabkan pengunaan telefon bimbit yang meluas, kini diberi nafas baharu.

Setiap hari, berpuluh-puluh pekerja turun ke Bloomsbury Square untuk mendapatkan makanan tengah hari mereka di kotak telefon yang ditukar kepada kedai serbaneka kecil.

Salad, makanan istimewa di sini adalah kegemaran pelanggan yang suka menikmati makanan tengah hari mereka di kawasan ini.

Sesetengah peti telefon yang lain telah diubah menjadi perpustakaan, galeri seni atau hub maklumat. Terdapat juga yang ditukarkan kepada kafe, kedai topi atau pusat defibrilator jantung.

Membawa kerugian

Pada tahun 2002, terdapat sebanyak 92,000 peti telefon di seluruh Britain, tetapi sejak itu, bilangannya semakin menurun.

Kini terdapat hanya 42,000 yang tinggal, dan daripada angka itu, 7,000 adalah peti telefon merah klasik yang digemari pelancong.

Telekom British gergasi, BT, merancang untuk menghapuskan 20,000 lagi menjelang 2022.

Mereka mengatakan kebanyakkan pondok telefon ini merugikan wang, manakala kos penyelengaraan mencecah £5mil (RM27.45mil) setiap tahun.

Secara kesuluruhan, 33,000 panggilan dibuat setiap hari daripada peti telefon, iaitu penurunan sebanyak 90% dalam jangka masa 10 tahun.

“Kami sedang mencari alternatif baru kepada telefon awam,” kata Mark Johnson, ketua operasi telefon bimbit BT, kepada AFP.

Menyelamatkan warisan Britain

Beberapa kotak telefon menempatkan mesin tunai, manakala yang lain ditukar menjadi pondok WiFi percuma yang dibayar oleh syarikat pengiklanan.

BT juga mempertimbangkan jika peti telefon ini boleh dijadikan tempat mengecas kenderaan elektrik.

Ada yang diperbaiki dan dijual melalui penjual semula yang sah, dengan harga bermula daripada £ 2,750 (RM15,101), tidak termasuk cukai nilai tambahan.

Yang lain dijual pada harga satu pound (RM5.42) kepada komuniti atau persatuan tempatan yang ingin menggunakannya untuk kegunaan lain. Ia merupakan sebahagian daripada skim Kiosk BT yang telah berjaya mengekalkan 5,000 peti telefon.

“Keseluruhan idea ini adalah untuk mengekalkan warisan UK,” kata Johnson.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker