AntarabangsaHiburanIsu Semasa

Wanita Hollywood Lancar Inisiatif Hentikan Gangguan Seksual

Beberapa wanita berkuasa di Hollywood telah melancarkan inisiatif baharu bertujuan untuk menghentikan gangguan seksual di dalam dan luar industri mereka setelah pendedahan beribu-ribu wanita dalam pergerakan #MeToo.

Dalam surat terbuka yang diterbitkan dalam surat khabar New York Times, 300 pelakon wanita, penulis, pengarah, penerbit serta pegawai hiburan telah mengumumkan sebuah kempen yang dinamakan Time’s Up.

Antara wanita Hollywood terkenal yang telah menandatangani surat tersebut termasuk Reese Witherspoon, Natalie Portman, Kerry Washington, Rashida Jones, dan Ashley Judd.

“Kesusahan untuk wanita menaiki pangkat dalam jawatan serta diterima di tempat kerja yang didominasi lelaki perlu berhenti; masa telah tamat untuk monopoli ini,” kata kenyataan dalam surat itu.

Inisiatif Time’s Up termasuk:

1) $13 juta (RM 51.8 juta) bantuan guaman untuk membantu wanita dalam pekerjaan kolar biru dan kerja ladang.

2) Penggubalan undang-undang untuk menghukum syarikat-syarikat yang bertolak ansur dengan gangguan seksual dan tidak menggalakkan perjanjian bukan pendedahan dalam kes tersebut.

3) Mencapai kesamaan jantina dalam Hollywood dan agensi bakat; dan menyeru wanita memakai hitam di acara Golden Globes sebagai tanda protes dan perpaduan.

Ia sangat sukar untuk membincangkan tentang perkara lain sambil menganggap diri kita lebih mulia sedangkan kita gagal membersihkan industri sendiri, kata Shonda Rhimes, pegawai penerbit television seperti siri Grey’s Anatomy dan Scandal,  kepada the New York Times.

Manakala pelakon terkenal, Reese Witherspoon berkata, dahulu wanita hanya berdiam diri antara satu sama lain tetapi akhirnya mereka lebih berpadu dan mendengari cerita mereka yang lain. Sekarang mereka berganding bahu untuk membantu wanita yang merasakan mereka tidak didengari.

Sejak bulan Oktober, apabila beberapa wanita telah muncul mendakwa penerbit terkenal, Harvey Weinstein, atas salah laku seksual, beberapa lelaki dalam industri terkemuka yang lain terpaksa meletak jawatan atas sebab dakwaan gangguan seksual juga.

Tags
Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
Close