Sukan

10 Fakta Untuk Newbie Yang Nak Tahu Pasal Bola Malaysia

  1. Persatuan Bola Sepak Malaysia ditubuhkan pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang oleh seorang pentadbir kolonial British bernama Sir Andrew Caldecott. 

2. Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dahulunya dikenali sebagai Pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu.

3. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia.

4. Pada 1950-an hingga awal 1960-an, Allahyarham Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Minhat ialah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya yang juga dikenali sebagai Raja Bola Malaysia. 

5. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. Kemenangan 15-1 ialah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini.

6. Pada 1970-an hingga awal 1980-an pula, muncul bintang bola sepak negara seperti Allahyarham Dato’ Mohamad Mokhtar Dahari yang diberi jolokan Supermokh.

7. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara.

Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.

8. Kejayaan paling manis pasukan Malaysia ialah ketika layak untuk beraksi di sukan olimpik (1980) di Munich tetapi memboikot atas tindakan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.

9. Penampilan terbanyak dalam arena bola sepak negara ialah Soh Chin Aun iaitu sebanyak 252 kali dan jugadigelar sebagai Tuhan Peperangan (God of war) kerana kebijaksanaannya mengemudi pasukan. Beliau merupakan ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1974 di Seoul, Korea Selatan pada usia 21 tahun.

 

10. Kejohanan bola sepak yang dianjurkan di Malaysia terbahagi menjadi 2 format, iaitu format liga dan format piala.

Format Liga

 Liga Malaysia
  • Liga Super Malaysia – tahap teratas Liga Malaysia
  • Liga Perdana Malaysia – tahap kedua Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Super Malaysia, disingkirkan menuju Liga FAM.
  • Liga FAM – tahap ketiga Liga Malaysia. Kelayakan menuju Liga Perdana Malaysia, disingkirkan menuju Liga Negeri-Negeri Malaysia.

Format Piala

  • Piala Malaysia – perlawanan format piala berprestij di Malaysia dan tertua di Asia.
  • Piala FAM – perlawanan format piala dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak 1952.
  • Piala FA – perlawanan format piala yang juga melibatkan PDRM, ATM, dan Sime Darby.
  • Piala Emas Diraja
  • Pestabola Merdeka – perlawanan format piala untuk memeriahkan sambutan hari kebangsaan.
  • Piala Sumbangsih – perlawanan format piala yang merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close