Bisnes & Ekonomi

Tunggang oBike, Kumpul Mata Wang Kripto oCoins

Sebuah syarikat perkongsian basikal di Singapura mengumumkan rancangan untuk melancarkan mata wang kripto sendiri yang dapat dimiliki oleh pelanggan ketika menunggang basikal mereka.

Firma oBike, akan menawarkan oCoins kepada penunggang sebagai pertukaran untuk penggunaan basikalnya. Cadangan itu memberikan persediaan kepada penunggang basikal dengan aset yang terbukti menguntungkan dari masa ke masa dan boleh digunakan untuk membayar kos penyewaan basikal.

oCoins akan beroperasi dibawah blockchain Tron, yang baru-baru ini memperkenalkan mata wang kripto mereka sendiri yang dikenali sebagai TRX, lapor ibtimes.

Setelah dilancarkan, TRX menikmati permulaan yang berjaya di mana nilainya berganda dalam masa yang singkat. Oleh itu, oBike berharap untuk memanfaatkan peluang ini dengan menggalakkan penunggang untuk menggunakan basikal lebih kerap untuk mendapatkan manfaat dari mata wang kripto terbabit.

Syarikat Tron, seperti oBike, juga berpangkalan di Singapura. Ia ditubuhkan oleh Yayasan Tron, yang diasaskan oleh sekumpulan usahawan Cina. Mata wang TRX ini disasarkan kepada artis untuk membolehkan mereka dibayar secara terus oleh pengguna.

Tron telah berjaya memasuki beberapa rangkaian sosial sekaligus menjadi asas kukuh bagi mereka yang mula menunggang basikal untuk mendapatkan oCoins. Mata wang kripto oCoins boleh digunakan untuk membuat pembelian di mana-mana pasaran yang menerima Tron.

Kerjasama dengan Tron akan membolehkan pengguna oBike menjana dan mendapatkan oCoins, yang kemudiannya boleh digunakan pada aplikasi dan pembelian dalam talian.

oBike mula ditubuhkan pada awal tahun 2017 dan mempunyai tugas penting dalam memberi motivasi kepada warga Singapura untuk menunggang basikal. Walau bagaimanapun, kekurangan laluan basikal dan faktor iklim menjadikan Singapura sebagai sebuah negara yang tidak mesra basikal.

oBike adalah salah satu syarikat ekonomi terbesar di dunia yang aktif di 20 negara di seluruh Eropah, Asia dan Australia dengan 10 juta pengguna. Menawarkan mata wang kripto boleh menjadi gimik yang tepat untuk menarik lebih ramai pengguna basikal.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker