Events

Peminat Komik Mesti Datang Ke Pesta Melukis Ini

Pesta Melukis Komik

Tempat: 25C Art & Hobbies, Petaling Jaya
Tarikh: 7 Januari 2018
Masa: 2 petang – 6 petang

Untuk semua peminat komik, kelilingi diri anda bersama komik artis berbakat hujung minggu ini. Dapatkan dan kongsikan inspirasi dengan sesi melukis komik ini di mana anda dapat berkongsi idea dan pendapat. Jangan lupa membawa alat-alat seni anda!

Raikan 2018 di Destar Arena

Tempat: Studio Tari Enrich, Dewan Banquet Brightstar, Kompleks Destar Arena
Tarikh: 6 Januari 2018
Masa: 8 malam – 10 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Menjadi lebih sihat dan aktif mesti salah satu daripada azam tahun baru anda kan? Acara senaman zumba dan tarian percuma ini pasti akan membuatkan anda berpeluh sambil berseronok. Jadi jangan lupa bawa tuala tangan tambahan dan air yang cukup!

Pameran Pendidikan The Star 2018

Tempat: Pusat Konvensyen KLCC
Tarikh: 6 Jan – 7 Jan, 2018
Masa: 11 pagi – 7 malam
Yuran Kemasukan: Percuma

Untuk mereka yang baharu tamat sekolah menengah, pameran ini mesti pergi. 281 biasiswa bernilai RM14.2 juta ditawarkan di Pesta Pendidikan The Star. Pada masa yang sama, seminar juga akan diadakan mengenai permohonan untuk mendapatkan biasiswa.

Seremban Flea Market

Tempat: Pastime di Taman Buku – Gateway Seremban
Tarikh: 7 Jan, 2018
Masa: 12 malam – 5 petang

Seremban Flee Market yang pertama untuk tahun 2018 akan menampilkan pelbagai gerai dan macam-macam makanan. Antara barang yang dijual adalah barangan seni kaligrafi, sabun artisan dan banyak barangan buatan tangan. Oleh itu, jangan lupa membawa rakan dan keluarga untuk berhibur di sini sambil menyokong seni tempatan.

Show More

Related Articles

Back to top button