Isu SemasaTempatan

Sekedekut Mana Pun Manusia, Kita Tetap Akan Memberi

“Sekedekut mana pun seorang manusia, sifat semula jadi manusia pasti akan zahir untuk melakukan kebaikan kepada orang lain dan memperoleh kesenangan darinya”. Ini merupakan kata-kata seorang ahli falsafah, Adam Smith.

Adam Smith – seorang ahli falsafah

Kata-kata ini telah menginspirasikan seorang wanita untuk melakukan eksperimen sosial di kejiranannya sama ada perkara tersebut adalah benar atau tidak, lapor akhbar TheStar.

Ia juga sebahagian daripada eksperimennya untuk melihat sama ada konsep waqaf dalam Islam boleh di terima di dalam sebuah komuniti kejiranan di bandar yang dihuni oleh golongan profesional dan pesara.

Kulsanofer Syed Thajudeen, 43 tahun yang tinggal di Taman Subang, Petaling Jaya merupakan seorang calon PhD di International Centre For Education In Islamic Finance (INCEF) telah menulis kepada persatuan penduduk kawasan jirannya dengan memberi cadangan untuk mendirikan sebuah perpustakaan komuniti, taman dan portal perniagaan.

Kulsanofer terperanjat dengan semangat komuniti kejiranannya terhadap idea yang diberikan dan berlumba-lumba memberi sumber kepada perpustakaan yang dicadangkannya itu.

Hanya dalam masa satu bulan setengah, idea ibu kepada empat orang anak ini telah berjaya direalisasikan – sebuah perpustakaan dengan lebih 1000 buah buku lengkap dengan kemudahan internet, kamera litar tertutup, alat penghawa dingin dan ruang aktiviti telah dibina.

 

Dengan kejayaan ini Kulsanofer mengakui bahawa dia telah belajar sesuatu melalui pengalaman ini, iaitu hebatnya hidup dalam sebuah komuniti.

Menurut bendahari persatuan penduduk di kejiranan tersebut H.B. Khoo, hubungan sesama penduduk kawasan tersebut semakin erat dengan adanya teknologi sosial seperti Telegram.

Mereka juga berhasil mengambil pengawal keselamatan untuk menjaga kejiranan mereka hasil daripada kutipan penduduk setempat.

Manakala taman serta portal perniagaan yang dicadangkannya akan dilakukan pada masa datang.

Kulsanofer berkata eksperimen ini menunjukan bahawa pada zaman sekarang, masih wujud perasan saling menyayangi di kalangan jiran.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker