Sukan

Salah Pemain Terbaik Afrika

Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik Afrika untuk tahun 2017 di majlis penganugerahan Persatuan Bolasepak Afrika (CAF) di Accra, Ghana pada Khamis yang lepas.

Salah menewaskan rakan seperjuangan Liverpoolnya dari Senegal, Sadio Mane dan penyerang Borussia Dortmund dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang di tempat ketiga.

Bintang Leicester City, Riyad Mahrez memenangi anugerah itu pada musim lepas, selepas Aubameyang pada musim 2015.

Selepas membawa pasukan Mesir untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 28 tahun, Salah meneruskan kecemerlangannya di Liverpool sejak berpindah dari Roma.

Penyerang berusia 25 tahun itu kini berada di tangga kedua untuk penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 17 gol, satu gol di belakang Harry Kane, pemenang Golden Boot dua kali.

Mesir turut dinobatkan sebagai pasukan kebangsaan terbaik, sementara pengurus Hector Cuper mendapat anugerah pengurus tebaik.

Sementara itu, Asisat Oshoala dari Nigeria pula menjulang gelaran pemain wanita terbaik buat kali ketiga berturut-turut dan Wydad Casablanca dari Maghribi menjadi kelab terbaik selepas menjadi memenangi Liga Juara-Juara CAF musim ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker