AntarabangsaIsu Semasa

Belia Indonesia Semakin Radikal

Belia Indonesia dilihat sebagai pendorong perubahan di negara yang walaupun penuh dengan kepelbagaian etnik, masih berhadapan masalah intoleransi kaum dan agama.

Tetapi dua tinjauan tebaharu ini telah membuktikan sebaliknya.
Tinjauan pertama mendapati satu dalam lima pelajar menyokong pembentukan seorang khalifah berbanding kerajaan sekular, manakala lebih daripada separuh dalam tinjauan kedua mengatakan mereka tidak bertoleransi terhadap minoriti, termasuk mereka daripada minoroti Islam lain.

Malangnya, kedua-dua tinjauan, yang berdasarkan jawapan kepada soalan tertutup, tidak bertanya mengapa golongan millennial mempunyai pandangan melampau seperti ini.

Walau bagaimanapun, beberapa pemerhati di Jakarta mencadangkan kepada The Straits Times bahawa salah satu sebabnya adalah kekurangan peluang ekonomi di Indonesia untuk belia yang inginkan kejayaan dalam hidup mereka.
Penyelidik dari Pusat Pengajian Islam dan Masyarakat yang berpusat di Jakarta (PPIM), yang telah menjalankan salah satu kajian ini, memberi judul ‘Apiam Sekam’ kepada laporan mereka, iaitu sebuah frasa Indonesia yang bermakna ‘api tersembunyi.’
Apabila digunakan dalam wacana politik, ia merujuk kepada bahaya yang mengintai, dan sememangnya, penemuan daripada kajian ini telah menimbulkan ancaman kepada ‘Bhinneka Tunggal Ika’, iaitu moto negara Indonesia yang bermaksud “Perpaduan dalam Kepelbagaian”.
Tinjauan PPIM meliputi lebih daripada 1,800 pelajar sekolah menengah dan universiti di 34 wilayah di seluruh Indonesia.
Hampir 60% mengaku mempunyai sikap ‘radikal’. Apabila ditanya sama ada mereka tidak bertoleransi terhadap golongan minoriti, lebih daripada setengah berkata ‘ya’. Lebih-lebih lagi, majoriti Muslim bukan sahaja membezakan diri sendiri dengan mereka yang bukan Muslim, tetapi juga dengan minoriti Muslim yang lain seperti Shi’ite dan Ahmadiyah.
Hampir satu pertiga tiada masalah dengan tindakan tidak bertoleransi yang dilakukan ke atas golongan minoriti, manakala 90% berkata kerajaan harus melarang kumpulan bidaah (heretical groups).
Pengarah PPIM, Saiful Umam, berkata ia perlu diambil berat kerana walaupun keadaan sekarang tidak “berapa berbahaya, namun ada kecenderungan (sikap tidak bertoleransi di kalangan remaja) akan berkembang”.
Tinjauan lain oleh firma pengundian Alvara melibatkan lebih daripada 4,200 pelajar Islam, yang kebanyakannya dari sekolah dan universiti terbaik di pulau Jawa, di mana separuh penduduk Indonesia hidup dan bekerja.
Ia mendapati bahawa hampir satu daripada empat pelajar, bersedia berjuang untuk menubuhkan khalifah Islam, lapor Reuters.
Penemuan menunjukkan bahawa ajaran radikal mungkin terserap masuk ke sekolah terkemuka di Indonesia, kata Alvara.
Walaupun Indonesia mempunyai majoriti Muslim terbesar di dunia, ia bukan negara Islam. Perlembagaannya mengiktiraf enam agama: Islam, Katolik, Protestanisme, Buddhisme, Hindu dan Konfusianisme.
Tetapi sukar untuk menafikan bahawa terdapat peningkatan aliran religiositi yang telah menyebabkan perkembangan sektarianisme, di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.
Masa depan Indonesia 

Tumpuan kepada belia adalah penting bagi Indonesia, di mana separuh warganegara berusia bawah 30 tahun.

Tinjauan ini menunjukkan bahawa Indonesia tidak boleh mempedulikan sikap belia-belianya jika ia mahu mengekalkan nilai-nilai pluralisme dan kepelbagaian.

Selain itu, Indonesia mempunyai potensi besar untuk menjadi kuasa besar di Asia. Ahli ekonomi New York University, Nouriel Roubini telah menyatakan Indonesia dapat mengungguli China, memandangkan hutang dan inflasi yang rendah, serta demografinya yang muda.

Tetapi sukar bagi Indonesia untuk mencapai potensinya kerana dunia lebih fokus kepada kestabilan domestiknya kerana perselisihan sektarian.

Sebagai langkah pertama, lebih banyak perlu dilakukan untuk mengetahui mengapa gologan muda di Indonesia bersikap begini. Adakah ia hanya disebabkan prospek kerja, politik atau pengaruh media sosial?

Apa pun sebabnya, ia adalah tugas kritikal kerana kemajuan Indonesia sejak beberapa dekad yang lalu boleh terjejas.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker