AntarabangsaIsu Semasa

Arab Saudi Dan Mesir Gandingan Yang Hebat

Arab Saudi dan Mesir telah bersetuju untuk membangunkan peranan Jawatankuasa Parlimen Saudi-Mesir dengan mengadakan lawatan dua hala dengan lebih kerap dan penyelarasan terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa.

Perjanjian ini dipersetujui sebulan suara dalam satu mesyuarat di antara Raja Salman dan speaker Majlis Perwakilan Mesir, Abdel-Aal pada hari Rabu.

Raja Salman dan Abdel-Aal juga membincangkan kerjasama di antara Arab Saudi dan Mesir di dalam bidang parlimen.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu dengan Raja Salman, yang memuji hubungan Saudi-Mesir dan penyelarasan berterusan di antara kepimpinan kedua-dua negara dalam semua bidang dan isu dalam rantau ini,” kata Abdel-Aal.

Sementara itu, bekas anggota Majlis Shoura, Sadaka Yahya Fadil menyatakan bahawa hubungan dua hala Arab Saudi dan Mesir telah mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, antaranya adalah bersatu menentang keganasan dan menyokong antara satu sama lain dalam pelbagai perkara lain.

Beliau turut menggesa ahli-ahli perniagaan Mesir untuk melawat Arab Saudi dan menyaksikan sendiri pelaksanaan pembaharuan ekonomi negara itu, Visi 2030.

“Ini adalah satu hubungan yang bersejarah. Arab Saudi terikat dengan Mesir dan Mesir terikat kepada Arab Saudi dari aspek sosial, politik, dan budaya, antaranya,” ujar Fadil.

Fadil menyifatkan rakyat Arab Saudi dan Mesir sebagai ‘satu individu yang menetap di dua negara,’ sambil menegaskan bahawa pelbagai impian boleh direalisasikan bersama.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker