Isu SemasaTempatan

Adakah Rakyat Malaysia Tidak Mempedulikan Hidupan Liar?

Kematian dua beruang matahari dan tapir di Malaysia telah mencetuskan kecemasan di kalangan aktivis  dengan jumlah haiwan eksotik yang semakin merosot di negara ini.

Seekor beruang matahari dan tapir terbunuh dalam kemalangan jalan raya di negara ini pada Malam Krismas, dan tapir tersebut dipotong oleh penduduk kampung setelah bangkainya ditemui, kata kumpulan alam sekitar, WWF.

Beruang matahari yang kedua pula terbunuh dan dipotong, dengan bahagian badannya dijual pada hari yang sama secara terbuka di sebuah pasar di negeri Sarawak, lapor media tempatan.

“Walaupun terdapat usaha daripada pelbagai organisasi dan badan kerajaan, namun, kita sebagai sebuah negara, telah gagal untuk melindungi hidupan liar Malaysia,” kata Dionysius Sharma, pengarah eksekutif WWF-Malaysia.

Tambahnya lagi, jika kita tidak mengambil langkah-langkah drastik untuk melindungi hidupan liar kita sekarang, ia mungkin terpupus dalam masa akan datang.

Suasana tropika dan penuh berhutan di Malaysia adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar, antaranya adalah orangutan dan tenggiling, tetapi bilangannya semakin berkurang.

Mereka diburu dan habitat semulajadi mereka telah berkurangan disebabkan pengembangan ladang, manakala beratus-ratus yang lain telah terbunuh di jalan raya yang sibuk kerana rangkaian lebuh raya telah berkembang pesat.

Dua ekor gajah juga terbunuh dalam tempoh tiga bulan awal tahun ini selepas dilanggar kenderaan di lebuh raya yang sama di utara Malaysia.

Beruang matahari adalah spesies beruang paling kecil, dan diklasifikasikan sebagai kumpulan terancam (vulnerable) oleh Kesatuan vulnerable untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).

Tapir dikenali dengan hidungnya yang panjang yang digunakan untuk makan daun, dan jenis yang wujud di Malaysia disenaraikan sebagai terancam.

Oleh itu, perlunya ada kesedaran tentang hidupan liar yang terancam. Rakyat perlu lebih berwaspada ketika memandu di kawasan yang terdedah kepada lintasan hidupan liar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker