AntarabangsaIsu Semasa

PTPTN Bantu Merealisasikan Impian 2.6 Juta Pelajar

1 November 1997 merupakan tarikh bersejarah untuk Malaysia kerana pada hari itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula beroperasi secara rasmi untuk membantu golongan muda melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

Objektif PTPTN amat jelas. Badan tersebut mahu memastikan sebuah sistem yang efisyen dalam memberi pinjaman wang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Sejak dua dekad yang lalu, PTPTN telah membantu merealisasikan impian kira-kira 2.6 juta orang pelajar di seluruh negara.

Memetik laporan The Star, pada bulan Mac 2017, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mary Yap menyatakan bahawa 2,668,966 pelajar telah mengambil pinjaman PTPTN yang bernilai RM 49.65 bilion sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 1997.

 

PENGECUALIAN DAN DISKAUN PEMBAYARAN SEMULA PINJAMAN

Daripada jumlah itu, seramai 42,904 peminjam (kira-kira RM 1.27 bilion jumlah pinjaman) tidak perlu membayar semula pinjaman mereka kerana meraih keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran.

Pada bulan Mac 2017, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mary Yap menyatakan bahawa 2,668,966 pelajar telah mengambil pinjaman PTPTN yang bernilai RM 49.65 bilion sejak badan itu mula ditubuhkan pada tahun 1997.

Bukan itu ssahaja, malah kerajaan juga telah menawarkan diskaun kepada peminjam untuk mengurangkan beban mereka membayar semula pinjaman selepas tamat pengajian.

Dalam ucapan Bajet 2017, Perdana Menteri mengumumkan diskaun 15% kepada mereka yang membayar jumlah yang tertunggak dengan penuh, manakala peminjam yang telah membayar 50% pinjaman sekali gus pula layak untuk mendapat 10% diskaun.

Untuk Bajet 2018 pula, kerajaan memperkenalkan tawaran yang lebih baik berbanding sebelumnya, di mana diskaun ditingkatkan kepada 20% bagi peminjam yang membuat bayaran semula sekaligus.

Menurut laman sesawang rasmi www.ptptn.gov.my, diskaun 20% tersebut ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN, termasuk mereka yang telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Tawaran ini berkuatkuasa daripada 27 Oktober 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Laman rasmi tersebut juga mengandungi soalan-soalan lazim mengenai diskaun serta kaedah dan pengiraan pembayaran semula.

 

MULA MENABUNG DARI KECIL

Untuk menerapkan budaya menabung dari peringkat awal, PTPTN juga menggalakkan ibu bapa yang baru menerima cahaya mata untuk membuka akaun SSPN-i Plus.

Ia merupakan skim simpanan yang bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa agar mula menabung bagi anak-anak mereka bermula dari hari mereka dilahirkan.

Ibu bapa/penjaga yang membuka akaun ini juga layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM 12,000.

Oleh itu, rakyat Malaysia, khususnya golongan muda perlu bersyukur dengan segala kemudahan yang ada di negara kita dan gunakan bantuan yang diterima dengan sebaik-baiknya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker