AntarabangsaIsu Semasa

Pendaki Solo Tidak Lagi Dibenarkan Mendaki Everest

Bagi menangani masalah kemalangan dan keselamatan di Nepal, pihak berkuasa Nepal telah mengeluarkan larangan terhadap pendaki solo untuk mendaki gunung mereka termasuk Gunung Everest.

Kabinet Nepal telah melakukan penyemakan semula terhadap peraturan mendaki gunung negara tersebut pada akhir tahun 2017 sebagai langkah keselamatan dan mengurangkan kadar kematian sebelum tiba musim bunga 2018 – musim pendaki.

Perubahan ini juga melarang ekspedisi solo yang dibenarkan sebelum ini serta pendaki yang kehilangan dua anggota badan mereka dan juga pendaki buta.

Larangan ini berkemungkinan besar akan membuat beberapa pendaki solo profesional tidak senang hati.

Sebelum ini seorang pendaki dari New Zealand, Mark Inglis yang kehilangan kedua belah kakinya akibat radang dingin (frostbite) telah menjadi pendaki pertama tanpa kaki untuk sampai ke puncak 8,848 m tersebut pada tahun 2006.

Pada May 2001 pula, Erik Weihenmayer dari Amerika menjadi orang buta pertama dan satu-satunya untuk tiba di puncak tertinggi dunia itu. 

Seorang bekas askar Gurkha berkata larangan terhadap orang yang juga kehilangan kedua kakinya turut merasa kesal dengan tindakan Kabinet kerana menurutnya ia suatu diskriminasi terhadap golongan ini dan melanggar hak asasi manusia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker