Gaya HidupMakan & Minum

Omulab: Restoran Omurice Pertama di Lembah Klang

Omurice (オムライス) jarang dihidangkan di restoran-restoran Jepun. Sebenarnya, makanan ini merupakan makanan yoshoku (makanan barat ‘style’ Japanese) yang popular sejak 100 tahun yang lalu.

Tidak pasti makanan ini berasal dari mana tetapi ia mula popular ketika cafe ‘style’ barat mula wujud di Jepun.

Pada mulanya ia hanya sekadar nasi goreng yang dibalut dengan telur dadar nipis. Tetapi sejak beberapa tahun yang lalu, ramai yang mengemari telur dadar yang gebu, tebal dan lembut.

Terdapat juga sesetengah restoran yang khusus mengfokuskan  kepada menu ini seperti restoran Omulab.

Gambar oleh: Omulab

 

Dahulu restoran ini dinamakn Slurp Café tetapi telah menukar kepada Omulab. Mereka mula memperkenalkan omurice ke dalam menu sejak 2013 dan kini merupakan hidangan mereka yang paling popular.

Kalau tak percaya, tengok sendiri video di bawah.

Omulab

Jam beroperasi: Selasa – Ahad: 10.30 pg -10.30 mlm. (Tutup pada hari Isnin).

Alamat: 7, Jalan 17/45, Petaling Jaya

Laman Web: Omulab

Tel: 03-7492 7506

(Restoran ini tidak menghidangkan khinzir) (pork-free)

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.